"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Saturday, May 26, 2012

Actuarial Programming

ASSALAMUALAIKUM


Dalam proses mencairkan otak dengan assignment Actuarial Programming. Tapi, best! So, takde la rasa ape hal la aku kena buat mende2 nih..... Kita kan kene enjoy bila kena buat ape2 p0n.... Bak kate lecturer Risk Modelling aku,

 "Chill...Chill!"

Lepas aku turun gi tgk2 d0rang yg nak gi Kursus Menyelamat Aras Tinggi.....(dorang tgh tunggu bas lagi masa aku naik tu), aku teros on laptop. Nak buat keje nih. Pada hal....idea takde, huhu!
Sekian lama aku membelek2 keyboard + touch pad....aku p0n bermanja2 dgn nota2 yang ada.
30 minit yang pertama......tekan2 ape yang patut. DAN terhasil la satu kerja yg agak2 sipi nak siap...even, aku tawu sebenarnya salah, haha! Enjoy je laaaa...!

Tetiba azan... So, aku nekad, gi solat dulu. Sebab, selalunya kalau tgh blur (walaupun muka aku mmg blur tanpa diundang), bila dah solat...keje jadi senang. (Insya-Allah)

###########################


Then, sambung buat keje balik....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dah nampak sikit steps yang sepatutnya....
Teruskan lagi....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ermmmm.....
Stop kejap.... Sambung buat atas katil lak.... Sebab mata aku dah silau dah... Buat keje depan tingkap. Tutup langsir, kang ada yang tertututup teros, huhu!
Sesebok dok menaip...aku bertanya kpd diri sendiri.....

"Ape la fungsi langsir nie kat bilik aku? HUH!"

Okeh, dah dapat idea......
JOm, buat lagi........ =)

2.42PM





2.45PM.....argghh, tak tahan dah! Silau oooww!
So, aku p0n ubah la laptop gi meja utama aku... Boleh duduk atas katil. Yang tadi tue, meja tak rasmi....keh3!


2.49PM
Usya2 google, search formula nak kira area under straight line graph.
(Name je budak math, nak kire tu p0n lupe..... Buat malu jerk!)

2.56PM
Dah tawu formula...tak tawu nak buat dalam excel lak...hoh0!

3.20PM
Dah siap sikit, tapi soalan 2.....ermm, nanti. Aku dah takleh nak senyum dah nie....teeetttt!

Bubye...!

First aku buat camnie.....
Nampak senang kan?
Sebab tue, aku suka buat...hoho!


Lepas tue, aku tukar buat camnie  lak...
Straight line dulu.
(y = 3x +2)
Nanti, baru aku tambah graph quadratic equation lak....
(y = x^2 + 3)

Programming nie tak jadi...
Aku tak pasti ape yg salah...

Friday, May 25, 2012

cool k!

Assalamualaikum,

Yup..hari nie hari terakhir before orang pakat2 sambut gawai...ermmm.
Banyak benda yg aku nak settlekan sebelum meraikan cuti gawai di Pahang. Din0batkan sebagai seorang pelajar aliran Sains Aktuari dan berstatuskan Pegawai Kadet SISPA Pertengahan kat UiTM Shah Alam, buat aku rasa hidup nie mmg kena pandai bahagikan masa. 'Cuti' aku kat Pahang tue...atas tiket pegi kursus jurulatih. Aku nak describe p0n, aku tak pasti sangat pasal aktiviti2 aku kat sana, so nantikan entry aku bila tamat kursus tue minggu depan.

Disebabkan masalah2 tertentu, majoriti test dan kuiz aktuari aku ditunda kepada...selepas cuti. Memang best la.....hoh0!
Assignment actuarial programming yg memerlukan tahap kesabaran dan pemikiran yg jitu, serta paduan tenaga yang masyuk daripada jari-jemariku (untuk menaip) + mulut (untuk membebel)...Insya-Allah akan menghasilkan satu kombinasi berkesan dalam menghasilkan kerja programming yang PERGGGHHH!

Tetiba aku semangat yang teramat sangat even aku tengah banyak keja nak buat sekarang nie. Aku p0n tak tawu dari mana datangnya spirit luar biasa tue... Maybe sebab ada insan cabar aku utk dapat dekan lagi semester ni. Ermmm,,, Ok, I'll try =)

Sambung lagi...
Ditambah pula dengan report BEL. Di mana, aku telah ditugaskan utk buat bahagian 'Introduction' bersama2 7 subtopics tue. Memang aku yang pilih tajuk tue... Beria2 nak part introduction. Tak sedar dengan adanya kursus seminggu, haha!

Tapi, takpe.. Aku cuba. Sebab, pendirian aku....
seorang pelajar yg berjaya ialah pelajar yg mampu buat semua yang ditugaskan dgn baik. Dan bukan hanya cemerlang akademik semata2 atau mampu buat satu kerja dalam tempoh yang diberikan. 

Tugas SISPA p0n ade jugak...tapi Insya-Allah aku cuba settlekan malam nie jugak, dengan kerjasama pihak lain.

Ape2 p0n, statement yg sentiasa bermain di fikiran aku sekarang nie ialah.....

"Buat sesuatu tugas dgn ceria, cool, chill...... enjoy the tasks,jobs. And you'll enjoy your life." 

Nanti bebila, kita enjoy kat laut nak tak???


We looked really cute when we are happy....
Erk? Golongan laki suke ke dipanggil kiut? 
Ermm..

Sunday, May 13, 2012

Tundukkan Pandanganmu...

Assalamualaikum,
Moga jadi pengajaran utk keluarga, sahabat2, kenalan dan dia...

Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika adzan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di shaff terdepan.Solat wajib ia laksanakan dengan ruku’ dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu,ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang dedang berjihad fii sabilillah.

Sebelum menuju kelas untuk kuliah,lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jamaah lain. Dengan
raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam
pun ditujukannya kepada para akhwat yang ditemuinya di depan masjid.

Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia duduk di bangkunya dan mengeluarkan
buku berjudul “Langitpun Tergoncang’. Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia
mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul.

Ali sangat suka membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana dengan demikian ia
dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah “Bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan mati esok.”

Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat. Sunnah Rasululah saw ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak terjerumus kepada bid’ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam. Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahwa yang menciptakan adalah Allah swt, lalu mengapa mengganti hukum Tuhannya dengan hukum ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih mengetahui keadaan fitrah ciptaannya?

Allah swt yang menciptakan, maka sudah barang tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah.
Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan yang demikian datangnya dari sisi
Allah.

Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak jauh dari Ali bercakap-cakap
membicarakan Ali. Mereka menyukai sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih, padahal banyak mahasiwi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi tampaknya Ali tidak ambil peduli.
Sikapnya itu membuat para wanita menjadi penasaran dan justru banyak yang ber-tabarruj di hadapannya. Kedua
wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bahwa mereka telah sampai kepada tahap ghibah.

Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh Allah SWT.

Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya sang pensyarah tak sendirian, di belakangnya ada seorang mahasiswi yang kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali. Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya. Saat pensyarah menerangkan satu persatu, tahulah Ali bahwa gadis itu bernama Nisa.

Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup keras. Bukan lantaran suka, tapi kerana Ali selalu
menundukkan pandangan pada semua wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Qur’an dan Rasulullah saw
dalam hadits. “Astaghfirullah…!”, Ali beristighfar.

Pandangan pertama adalah anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga adalah lampu merah. Ali sangat khawatir bila dari mata turun ke hati kerana pandangan mata adalah panah-panah iblis.

Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali, kian merasa aneh kerana Ali tak pernah
menatapnya kala berbicara. Ia lalu menanyakan hal itu kepada Utsman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan
Utsman, tumbuh rasa kagum Nisa pada Ali.
“Aku akan tundukkan pandangan seperti Ali”, tekad Nisa dalam hati.
Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama kepada Ali. Kerana menganggap Nisa adalah ladang da’wah yang potensial, Ali menanggapi dengan senang hati.

Hari berlalu… tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Ada bisikan yang berkata, “Sudahlah pandang saja,lagipun Nisa itu tidak terlalu cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu” Namun bisikan yang
lain muncul, “Tundukkan pandanganmu. Ingat Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah wanita.” Ali gundah. “Kurasa,
jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana mungkin mata, pikiran dan hatiku ini
berzina.”

Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali
menganggap Nisa sudah seperti adik… ,hanya adik.

Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan. Masalah ummat maupun masalah agama. Bahkan terlalu dekat…

Hampir setiap hari, Ali dapat dengan bebas memandang Nisa. Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disadarinya,ia hanya memandang satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman diskusi agama…,tak ada teman berbicara dengan tawa yang renyah.., tak ada…wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar keras, bukan kerana takut melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati…kerana ia… mencintai Nisa.

Bisikan-bisikan itu datang kembali… “Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu!
Jangan sampai kamu terjerumus zina hati…! Cintamu bukan kerana Allah,tapi kerana syahwat semata.”Tapi bisikan lain berkata, “Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang sekali jika masa muda dilewatkan
dengan ibadah saja. Bila lagi kamu dapat melewati masa kampus dengan manis. Lagipula jika kamu berpacaran
kan secara sihat, secara Islami.. ‘Benar juga..”

Ali mengangguk-anggukkan kepalanya. “Manalah ada pacaran Islami, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan yang halal hanyalah
pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?”, bisikan
yang pertama terdengar lagi.

Terdengar lagi bisikan yang lain, “Terlalu banyak aturan! Begini zina, begitu zina. Jika langsung menikah, bagaimana jika tidak sesuai? Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal! Apatah lagi kamu
baru kuliah tahun pertama. Nikah susah!”

Terdengar bantahan, “Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan
jodohmu. Contohlah Rasululah SAW,hubungan beliau dengan wanita hanya pernikahan.”

Bisikan lain berkata. “Bla.., bla..,Ali,… masa muda.., masa muda…, jangan sampai disia-siakan, rugi!”





Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat. Syaitan telah berhasil memujuknya
dengan perangkapnya yang selalu berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita.

Ali mengangkat gagang telefon. Jari-jarinya bergetar menekan nombor telepon Nisa. “Aah.., aku tidak berani.” Ali
menutup telefon.

Bisikan itu datang lagi, “Menyatakannya, lewat surat saja, supaya romantis…!” “Aha!Benar! “ Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa.
Jantung Ali berdebar ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya dan membaca surat itu.
Esoknya, Utsman mengantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, sembari berkata, “Nisa hari ini sudah pakai
jilbab, dia jadi cantik lho. Sudah jadi akhawwat!”

Ali terkejut mendengarnya, namun rasa penasarannya membuatnya lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih
dahulu daripada merenungi ucapan Ustman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-sungguh. Ia benar-benar
tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun cukup membuatnya merasa ditampar keras. Nisa menuliskan beberapa ayat dari Al Qur’an, isinya :

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya; yang demikian itu adalah  lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
 (QS. An Nuur : 30)

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.”
(QS. Al Mu’minuun : 19).




Thursday, May 3, 2012

SISPA

Assalamualaikum,



SISPA... Ada la dalam 2,3 orang yang tanya aku pasal SISPA nie. Dorang tanya...SISPA nie apa sebenarnya?
Dan aku p0n, terbukak pintu hati untuk share dgn pembaca....apa yg aku faham tentang SISPA.

Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA). Aku mula berjinak2 dgn dunia SISPA since aku semester satu kat UiTM Shah Alam. Kalau ditakdirkan aku study kat tempat lain, mungkin aku tak membesar dalam dunia SISPA nie. Memetik kata2 Sarjan Azami, "Korang nie dah dipilih utk jadi PKS Muda, PKS Inter, Pegawai Muda.... Nama korang dah mmg tertulis untuk ada dalam SISPA."

Bila Sarjan cakap mcm tue, aku terfikir....yup, mmg betul. Bukan kerana kami dipilih berdasarkan ujian kelayakan fizikal atau interview, tapi kerana nama2 kami dah ditakdirkan berada di dalam SISPA. (dari segi islamiknya. Kalau tak ikut takdir Illahi, mmg la sebab lulus ujian... =P)

Kalau dulu, aku tak ambik tawu langsung pasal Pertahanan Awam (PA). Tapi, sekarang..nampak jer keta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), keluar jer iklan kat tv, terpampang gambar JPAM kat suratkhabar...secara tak disedari....aku tersenyum. Ini la badan uniform yang aku sertai selama nie.
Kebanggaan tersemat dalam diri...walaupun org lain tak sedar.

Sebenarnya SISPA terbahagi kepada dua:
1) Pelatih Kor SISPA
# 3 semester
# Aktiviti2.....
   - Latihan Medan (camping, rakit, flying fox, ascending & descending dll)
   - Orientieering (guna peta & kompas....)
   - Of course setiap badan uniform ada KAWAD
   - Belajar rawatan kecemasan, ikatan tali, melwan kebakaran.......

Senanng citer, bagi aku.... SISPA nie merangkumi semua benda yg kita lalui dalam kehidupan seharian.
Contoh, tengah2 rajin menyeb0k kat dapur...tetiba terpot0ng jari. Apa korang buat???
Contoh kedua.... k0rang adik k0rang main mercun. Tetiba meletup...putus jari + baju adik terbakar.....
Apa korang buat???
Contoh ketiga... Korang masuk hutan. Dah masyuk tido dalam khemah...esok tu nak buat rakit. Camna nak buat ikatan kat rakit tue? Moga rakit tue kekal lama. So, takde la tak sampai 3 minit, rakit korang tinggal buluh jer....huhu!


2) Pegawai Kadet SISPA (PKS)
# Ada banyak peringkat, iaitu:


 - PKS Muda (junior) (Semester 1 & 2)
 - PKS Pertengahan (intermediate) (Semester 3 & 4)
 - PKS Senior (Semester 5)

# Kelebihan menjadi seorang PKS ialah...
Lebih banyak ilmu dan pengalaman yg korang akan lalui berbanding jadi Pelatih Kor SISPA.
Banyak kursus yang akan korang sertai untuk mantapkan lagi ilmu PA korang.
InsyaAllah, bila cukup ilmu di dada, korang akan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam..... (Lt. M. (PA).....)

Setiap PKS akan diterapkan ilmu bagaimana nak handle sesuatu majlis. Contohnya majlis makan....
Bagaimana nak handle meeting....
Camne nak buat laporan aktiviti, program... Nak buat kertas kerja...
Boleh share dgn kengkawan...camna nak design baju, banner, logo.
Mcm mana nak pimpin anak2 buah..
Kalau ikutkan, banyak lagi.... Tapi, korang kena sertai sendiri la. Nak citer mmg jadi keje lain dah la aku nie...

Ascending...teknik half mechanical.
Aku yang ringan ni p0n semput nak ke atas...huhu!

Aku sendiri tak percaya, aku dah penah buat teknik spider nih...
Time kasih SISPA! Kalau tak, aku mesti tak merasa buat benda camni... =)

Antara kursus yg kami kena pegi...

Yang uniform biru tue PKS.
Yang uniform putih tue pelatih Kor...


Antara aktiviti sukarelawan yg kami involve.
Banjir baru2 nie....

Latihan Medan

Rawatan kecemasan

CPR (teknik pernafasan dari mulut ke mulut)

Ikatan tali...
Rakit

Pehimpunan dan pentauliahan kat UiTM Shah Alam...
Pegawai2 yang aku hormati sekalian ditauliahkan masa nie la....
Tahniah semua..!

Kami p0n riadah gak....=P

Lawatan ke SMK Pulau Gaya dlm program Jelajah Kinabalu.
(Lepas daki Gunung Kinabalu)

Kawan aku la kat atas tu... =)


Yang nie la sedikit sebanyak yang aku mampu share... Banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi, nak upload semua mmg ambik masa la. Gambar dinner tak letak, gambar kami kat kursus.. Gambar kami makan2, enjoy2....

Tapi, yang pasti....walau banyak mana sekalip0n gambar yg aku letak, kalau korang tak rasa sendiri apa yang kami rasa. Korang takkan faham, kenapa............ Kenapa aku dan mereka (sahabat2 aku) sayang sangat2 dengan SISPA.

UiTM dihatiku, SISPA dsanubariku.


















Cycling Carnival 2012


Aku berminat la jugak dgn spesis kayuh2 nie....
Tapi, nak join mmg tak la. Al maklum, basikal sendiri. Duit penyertaan pulak, aku dapat rasakan mahal. Tengok design baju jer dah buat aku rasa nak offline terus... Dapat rasa kemahalannya, haha!

So,aku p0n nekad la nak hebahkan program ni kat bl0g aku. Kalau aku tak dapat join, orang lain dapat...okay la kan? Semoga korang enjoy dgn aktiviti nie nanti... =P

Wednesday, May 2, 2012

Tak menepati...

KONVENSIONAL : Berstruktur, berhati-hati, teliti  (Boleh pecaye ke??? HAHA!)



Anda merupakan seorang individu yang suka bekerja dengan data, angka dan mempamirkan ketelitian dalam sesuatu kerja. Anda selesa bekerja dalam suasana kerja yang berstruktur dan jelas dari segi arahan, peraturan, skop tugas dan autoriti. Anda sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugas dan mempamirkan komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi. Anda selalunya suka kepada ketelitian dan kekemasan samada dalam kehidupan peribadi atau urusan di tempat kerja. Anda memberi nilai yang tinggi kepada prestij dan status diri.


Cadangan Program Akademik yang bersesuaian dengan Profil Minat Kerjaya Anda
Bil.Kod UiTMKod UPUNama ProgramStatus Kelayakan
1AT110E2054DIPLOMA PENGURUSAN LADANG
2PH110E2060DIPLOMA FARMASI (Aku tak minat langsung bidang farmasi)
3CT114E2124DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (PENGURUSAN SENI)# (Mcm 
mane aku boleh dicadangkan 
dgn course nie???)
4IS110E2201DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT
5AC110E2210DIPLOMA PERAKAUNAN
6BM111E2220DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (Antara kursus yg aku 
pernah apply dulu)
7BM112E2221DIPLOMA PENGURUSAN BANK
8BM115E2222DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (INSURANS)
9BM114E2226DIPLOMA ANALISIS PELABURAN
10BM117E2227DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGANGKUTAN)
11AM110E2230DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM
12HM110E2240DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL
13HM115E2242DIPLOMA SENI KULINARI
14HM112E2243DIPLOMA PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN
15BM118E2250DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI PEJABAT
16AP213E2300SARJANA MUDA SAINS (SENIBINA) #
17AP117E2304DIPLOMA REKABENTUK DALAMAN #
18AP116E2310DIPLOMA BANGUNAN
19AP115E2320DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH
20AP111E2340DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH #
21EE112E2421DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA)
22CS112E2821DIPLOMA SAINS AKTUARI (Course yg aku ambik 
sekarang ni, pilihan 
terakhir dlm nie...???)


Senang citer, aku tak percaya dgn mana2 kaji selidik. Jarang la nak betul. Mmg ramalan jer, tapi nak kata betul sampai aku kena ikut apa yang dicadangkan...memang tak la.
Seseorang pakar belum tentu dapat menafsir diri anda, kerana hanya empunya badan yang memahami apa yg dia inginkan sebenarnya.
Aku tak kata pakar motivasi salah, sebab selalunya dorang yg banyak bg borang kaji selidik nie. Tapi, apa yang aku nak tekankan ialah....
keputusan nie cuma utk membantu. Terutamanya bagi sesape yg rasa susah sangat nak pilih kerjaya dia.
Tapi, utk org macam aku.... aku percaya, aku nakkan sesuatu yg lain dari apa yg dicadangkan utk aku (kerjaya kat atas nie.)