"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Wednesday, September 4, 2013

Perhimpunan Kor SISPA kali ke-4


Assalamu'alaikum,
Sebelum aku start sibuk minggu depan, baik aku update siap2 entry nih. Tapi, agak terkilan...disebabkan laptop aku rosak + kabel fon gagal berfungsi dengan baik, gambar2 yg aku snap sendiri tak dapat di-upload untuk 'membahan' insan2 terpilih.
Jalan penyelesaiannya, aku terpaksa kidnap gambar2 kat fb je...huhu! Sadis kowt!
Okeh, serba sedikit tentang entry kali ni.
Pada 16 Ogos 2013 yang lalu, para PKS Muda dan PKS Inter aka Bakal Pegawai telah p0n dihempas pulaskan dengan latihan2 untuk memantapkan dorang. Latihan2 ni sebagai persediaan dorang time Perhimpunan Kor SISPA kali ke-4 kat UTHM.

Banyak acara yang kami join..
Melawan Kebakaran, team dari UiTM Pahang.
CD Skill (menyelamat aras tinggi), team dari UiTM Kelantan.
Explorace, Perawatan Awal dan Kawad Kaki, team dari UiTM Shah Alam.


Jom, biar gambar berbicara + bebelan aku sikit.

Sesi bersama2 Tuan Lan. Masih berpakaian formal.
Nie team explorace.
Keja dorang berjoging siang dan malam untuk memantapkan stamina.
Persoalan yang wajar dipersoalkan saat tamatnya perhimpunan,,,
Korang ada rasa fit tak? 
hehe..
Apa2 p0n, aku ucapkan tahniah kat korang.
Korang dah buat yang terbaik utk pertandingan ni.
Berjaga pukul 2 3 pagi utk 'pra-explorace'...
Aku sempat join joging korang sekali je...
Thanks kerana memberi kerjasama dgn diam, masa Pn Hanim tanya boleh lari lagi satu round tak.
Tak pasal2, aku p0n kena buat2 berdaya maju g lari satu round. 
PKS Muda Fitri, saya still tuntut air milo sy...hoho!
PKS Muda Fendi, ambik balik jam awak. Saya takmo.
PKS Muda Hawa, saya tuntut big apple,  alien. Miahaha!


Kesimpulan: Aku tak minat geografi....lalalalaaaa!

 Sempat jugak buat solat jemaah, solat hajat dgn bacaan yasin untuk dapat berkat atas setiap usaha untuk menjayakan perhimpunan kali nie.

Pantang SISPA berkumpul, kalau ada sesapa yang meningkat umur dia masa tu, mesti ada sesi makan2 kek punya lah.
Anak merdeka...
Selamat Hari Lahir tuan Lan dan tuan Noh. (takda gambar tn noh)
Moga dipermudahkan setiap urusan kalian.
Ni baru kek 2 bijik...
Korang tak tawu, belakang tu ada lagi kek....delivery jauh dari teeettttt!
Agaknya, balik malam tu...tuan lan kekenyangan dengan kek je. 
Tak sempat balik umah, dah sebok bergayut.... call free ehhh? Hoho (*_*)

Haaa, yang ni pulak wajah2 bakal pegawai.


Aku musykil jap dengan gambar ni.
Ko dah kenapa wani?
Pandangan pelik je...hoho

Team kawad kaki...
Mana ketua platun?
Hilang?
Ketua platun selalu kena halau....tak tawu la napa. huhuhu!
Aku dulu kena 'halau' gak. Ko, ketua...kuar jap. Pegi jauh2.
(Aku selalu kena dulu..haha)
Untuk memujuk Teh (Ketua Platun), aku p0n ambik dia...bawak dia g main jauh2.
Seronok dia boleh main lompat2...errr!

Mama, jangan la marah.
Ermm...


Ayahanda SISPA UiTM Shah Alam.

Farihah, walaupun tak dapat berlatih bersama2, tapi still mampu berjuang di saat akhir.
2,3 minit sebelum team kawad masuk untuk pemeriksaan pakaian, beliau hadir, sambil diiringi si kecik yang terkedek2 ikot dia.  
InsyaAllah, beliau membawa semangat yang mendalam untuk pasukan beliau.
Aku kagum dengan dia..
Terserlah kepenatan, tapi sanggup jugak bersama2 kwn2 utk bertanding.
Syabas!

Sekali tengok, aku nampak macam para pegawai tu tgh nak buat tarian.
Isyzreen, ko gian nak menari mcm time dinner kita eaaa???
Setia menanti.
Aku tak pasti apa yang dorang ni tgh kutuk tengok.
Aku agak pertandingan Melawan Kebakaran kot.

Tawu la ko team kawad. Takkan cuci longkang pon nak berdiri sedia...ades!
Kima..Kima. heheh!
Yang depan tu sape ek?
Macam nak main golf je...hoho!

Ditugaskan untuk buat khidmat masyarakat kat sekolah agama seri pandan kalau tak salah.
Tak ingat pulak nama...hehe!


Para pegawai batch 8.

Cantik.........cantik stokin. Huhu! 

Aku tak pasti, ni muka penat ke muka sedih ke...
Anybody can explain to me?

Tuan Roslan menyampaikan sedikit sumbangan untuk sekolah ni.
Aku tak tawu napa muka Fendi macam...... ntah. Tak tawu nak describe, haha!


Bangga bila PKS dari UiTM yang jadi prep kom untuk perhimpunan di UTHM.
Apa2 pon, beliau dah pon bergelar Lt.M (PA) Shahrul Balqiar Bin Abd Rahman. 
Tahniah!

Anklet yang menjadi mimpi ngeri buat team kawad.
Kadang2 pengalaman tu untuk mengajar dan mengingatkan kita.
Jangan disebabkan anklet, kita lemah.
Tapi bangkitlah...
Yang jatuh tetap jatuh... (anklet yang jatuh atau semangat yang jatuh? errr)
Tapi kalian harus terus megah berdiri, menyarung 'kebiruan'
Sematkan di hati...manusia tak akan cecah tangga kejayaan tanpa kegagalan.
Setiap manusia akan tewas, tapi bagaimana kita atasi kekalahan itu untuk terus menduduki tangga teratas.
Itu lebih penting.

Barisan pegawai yang banyak bertungkus lumus untuk perhimpunan kali ni.
Sorry guys, 
Aku tak banyak membantu kalian.
Tapi aku harap...semangat dalam diri aku, yang kalian kenal dari dulu, 
dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban dalam diri kalian.
Aku masih mencari2 hala tuju diri ini.
Dan aku doakan, apa yang kalian impikan dan suarakan saat kita di sana akan tercapai.
Kerana, aku yakin dgn kalian.
I'll always support you. 
Be cool (*_*)

Yang paling berusia p0n dah macam kanak2 je aku tengok...huhu!
This is the family of SISPA UiTM Shah Alam.


Haaa, yang ni PKS Terbaik.
Tahniah buat Lt.M (PA) Siti Norfatin Nabilah Bt Muhamad

Tak lupa buat sahabat dorang. 
Even ada tanggungjawab lain yang perlu dorang laksanakan, tapi semangat untuk tengok barisan rakan2 seperjuangan berjalan lalu tetap ada.
Apa2 p0n, aku doakan yang terbaik utk dorang.
Kena percaya, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Allah bagi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan.


Comey...!
Hehe
(*_*)

Tapi, rezeki tak berpihak pada kita. Dalam 5 acara yang kita perjuangkan, tak satu p0n kita dapat  rangkul sebagai johan. Tak kisah la no berapa, tapi bukan johan ar. Ok, ini ayat tersirat sebenarnya. Tapi, tu semua tak penting p0n.
Yang penting pengalaman dan ilmu yang korang dapat. Nanti boleh la cita kat adik2 apa yang korang dah lalui, dah belajar sepanjang tempoh 'didera' di bawah sinaran matahari.

Dan yang paling penting, ukhwah sesama kita. Tak kisah la darjat kita setinggi mana sekalip0n, kalau kita tak mampu nak jaga hubungan sesama kita, kita sebenarnya ada masalah hati.

Memang ada salah dan silap. Memang ada terkasar bahasa, terkasar tingkahlaku...tapi bila difikirkan balik, itu suma mainan perasaan.
Semua orang penat...semua orang berkejar2 dengan masa.
Tak mustahil ada yang terlepas kata. 
Lupakan tu suma. Senyum kembali. Penat akan hilang. Stress akan berlalu pergi.
Jangan biarkan kepenatan mengawal diri kita.


Tahniah buat semua.
Tahniah buat barisan sahabat2 aku. Hanya kemaafan yang aku pinta. Aku tak mampu jadi seperti apa yang aku harapkan. 
Yup, kini aku pergi, tapi doa aku masih mengiringi kalian, InsyaAllah.

Aku masih seperti dulu...
Pergi untuk mencari hala tuju aku sendiri, setelah sekian lama aku berhenti mencari...
Aku masih memikirkannya. Sama ada untuk meneruskan atau berhenti setakat ini.
Kurang dari setahun, tempoh untuk aku memikirkannya. 


Tapi...
semangat itu tetap tersemat kemas dalam diri aku.
Mungkin pengunduran aku kini, untuk jadi yang lebih berguna..satu hari nanti.

Sahabat, 
Doakan aku...
kerana semangat itu,
semangat yang kalian lahirkan dalam diri aku, 
semangat yang berlegar2 dalam darah aku, 
itu yang menguatkan aku.




4 comments:

Anonymous said...

Like dis entry!:)) moga BM berjaya kat mane2 pun!insya allah semangat BM tuh ad ngn sape2 yg mengenali BM!:))

Mohd Norazlan Abd. Rahaman said...

Tq AJ a.k.a Budak Merah. Nothing much utk dicelotehkan. But, it really what life means. Mne de kredit free... pkai postpaid plak kan.. dan mne der gayut... hish... tp alhamdulillah... kenyang mkn kek 2 bjik tu.. :-P
Apa pun, all the best for any of ur future undertaking k. Doa 'keluarga' ini insya Allah xkan pernah putus utk setiap ahli keluarganya.. tetap tersemat di hati dan disanubari. Ukhwah fillah, abadan abadaa.. eh, betul ke arab tu ?? Hantam sajalah.... Fi hifzillah buat Budak Merah & semua ahli keluarga besar kita.. (^_^)

gnaidok said...

fedup aku tak dapat pergi uthm...sampai ada orang kata UMT mmg lagi dekat dari UTHM...

pergh...sedey meronta-ronta...

xpela, baru aku taw sape kawan senang susah bersama...

hmm...

Anonymous said...

Jen Like