"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Wednesday, November 28, 2012

Bukan mudah untuk faham

Assalamu'alaikum,
Camna dengan korang? Happy tak? Ada tak events or incidents yg best dalam hidup korang sepanjang tahun nie?

Aku dah lama nak update blog nih tapi terhalang dengan kerja2 lain ditambah dengan, asal nak update je aku jadi blur. Tawu nak post pasal apa, tapi tak tawu nak mulakan ayat.

Pernah tak terjadi kat korang...
Orang yang rapat dgn kita, tak support p0n kalau kita buat apa2. Tapi, org yang kita tak pernah rapat...sekadar tegur macam tue ja...boleh support dan faham kita.
Pelik tapi inilah realiti. It happened to me.

Kadang2 penat memikirkan jalan penyelesaian tapi bila difikirkan balik, tak guna aku nak stress pasal orang2 mcm tue. Lebih baik aku teruskan kehidupan berbekalkan semangat pihak yang membantu dan memberi sokongan kat aku. Untuk apa aku buang masa dengan manusia2 yang hanya nak kan kepentingan diri dan yang akan merasa tempias akibatnya...ialah aku???

Seriously aku terkejut bila ada insan2 yang jumpa aku....dan ceritakan something. From their stories, I knew...they are feeling the same. Sama macam apa yang aku rasa sekarang ni. Sedikit sebanyak, aku lega....even tak rapat, tapi ada jugak yang memahami aku.

Teringat kembali zaman dulu (aku still sekolah rendah). Aku pernah mintak something.....dan sampai sekarang, aku tak pernah dapat. Aku faham, ada hikmahnya. Tapi, aku makin percaya....
"Kita tak akan memahami seseorang itu, melainkan kita pernah alami apa yang dia rasa"

So, tak perlu nak buat2 faham or caring...tapi sebenarnya, kita tak dapat rasa langsung apa yg pihak lain alami.

Pengajaran untuk aku lepas apa yang jadi nie...
# Aku tak kan sewenang2nya percaya dengan sesapa. Walaupun kita rapat...

Thanks to ___, ____ dan ____ sebab faham diri aku. Aku tak mampu nak bagi apa2 melainkan senyuman untuk korang.


Sesungguhnya hanya Allah yang betul2 memahami apa yang aku rasa. Alhamdulillah, Dia masih bersama2 aku (^_^)

Sunday, November 18, 2012

13 Perkara Yang Perempuan Perlu Jaga


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
# Dibolehkan utk cukur HANYA jika ia terlalu serabut dan mengaibkan diri kita sendiri.

2. Kaki (tumit kaki)
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya (menjarangkan gigi) – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
# Tidak perlu mengubah anugerah yang dikurniakan Allah. Semua ciptaan-Nya sudah cantik.
Sama juga seperti meluruskan/ kerintingkan rambut. Ianya bergantung pada niat. Ingin nampak cantik pada pandangan org ramai atau untuk tatapan suami.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



7. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan, hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Nabi Muhammad SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang mencolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Saturday, November 17, 2012

Pabila Mata berkaca, Teringatkan Dia

Assalamu'alaikum

Selepas sekian lama aku tak sentuh buku2 aku, akhirnya minggu nie aku pecahkan jugak rekod aku. Buku bertimbun2 atas meja. Tapi nak selak, terasa berat. Jeles tengok roomates aku bersengkang mata, terbongkang tak tentu hala, pulun study. Tapi aku....? Hmmm...


Takde niat nak abaikan pelajaran. Tapi masa sangat2 mencemburui kebahagiaan aku dengan waktu malam. Manusia macam aku sangat gemar akan belajar tatkala malam menjelang. Sepanjang hidup aku, cukup susah aku nak study time matahari mengeringkan baju2 aku. Sebab tue, kalau aku kata nak bangun awal2....nak start study lepas subuh. Lupakan je la.... 


Entah macam mana. Aku teringatkan tarikh baru2 ni. Dah, ....hari bulan 11. Errm, bulan depan dah study week. Tapi aku? Satu apa p0n tak faham sangat.... Buku2 still nampak baru, angkara jarang diselak dan diamati. Dah jadi lumrah bagi aku. Aku tak suka bukak buku yang baru. Buku yang lunyai diselak, adalah peberet aku. Baru nampak mcm rajin sikit..miahaha!


Then, I realized.......... feeling sad. Remembering my mom. The only thing/person yang boleh buat aku study adalah mak aku.
Time aku dapat result SPM, mak kata,

"Tak semestinya org dapat straight A's tue pandai..."

Tersirat yang cuba mak sampaikan ialah, tak bermakna aku tak dapat semua A, aku tak boleh teruskan life aku. Result hanyalah atas sekeping kertas. Tapi, ilmu di dada yang paling penting untuk diamalkan


Since tue, bila aku malas or takde mood nak study. Aku akan biar je. Sampai satu masa, aku akan ingat kat mak. Akan timbul rasa bersalah kalau aku tak usaha. Kalau aku tak fokus, tak belajar....aku rasa bersalah yang teramat sgt. 


Sbb tue, aku akan cuba jgk utk dapatkan yang terbaik. Even, aku sekadar manusia biasa2...jarang sekali utk menjadi seperti luar biasa. Asalkan aku dah usaha dan cuba yang terbaik, itu lebih bermakna daripada usaha yang biasa2 tapi mengharapkan kejayaan yang berlipat ganda. 


Mak, mintak maaf kalau tak study sungguh2 sem ni. 

TAPI!!!

From now on, InsyaAllah....aku akan cuba gunakan masa yang ada utk belajar dan dapatkan ilmu sebaik mungkin. Sebab, hanya aku yang memahami situasi aku sekarang ni. Dan aku percaya, hanya aku yang mampu ubah situasi ni.....supaya kekurangan ini dapat aku gunakan untuk dijadikan kelebihan buat aku.

Dari jauh, aku melihat senyumannya.
Walaupun tak pernah disuarakan...tapi aku tahu, dia bangga.
Izinkan aku untuk buktikan, aku juga mampu berjaya di arena akademik.
Agar aku mampu untuk melihat senyumannya lagi. 
Jika bukan di hari konvokesyen aku...
Takdirkanlah aku untuk melihat raut wajahnya,
tatkala aku sudah berkerjaya......kerjaya yang sempurna.



Rasa bersalah dengan mak kalau malas nak belajar. Kan bagus, kalau rasa bersalah dengan Allah kalau aku melewatkan solat....hmmm! 


Jom berubah kerana-Nya. (^_^)

Friday, November 9, 2012

Boboi kucing nakal

Assalamu'alaikum,
Masa yang ada nie, aku lebih suka gunakan untuk rehat. Aku p0n tak tawu napa.
Sem 5 ni, aku rasa sem paling pendek. Maybe sebab, kelas aku banyak dilanyak waktu petang + malam ala2 pelajar masterchef. Waktu pagi yang ada, aku gunakan sebaiknya untuk heeeeheeeeeee.....
Al maklum, spesis aku cukup susah nak study sendiri waktu siang. Aku p0n tak tawu napa. Kalau gi kelas, dah memang nama kena belajar, of course la aku boleh belajar.
Entah mcm mana, aku bukak blog sorang nih. Dia selalu post pasal kucing2 yang dia jumpa + kucing yang dia bela. Masa tue, ada sekor mcm debab. Sedih gak ar...teringat kat debab. Even dia nakal....tp aku sayang sgt kat dia.
Balik hari tu, ada kucing lain. Sesat jugak. Perangai hampir sama dgn debab...nakal, suka main. Tapi over gigit. Tak penahnya dia nak menjilat. Kalau debab, at least ada la jgk naluri nak menjilat2 tangan. Tambah lak, dari kecik...dia dah mmg kenal dgn mak, kak ngan family aku yang lain. So, aku tak teruja sgt la nak over2 dgn dia, boboi.
Even dah ada boboi, tapi still rasa mcm something kurang. Debab jgk... Entah la. Bukan tak boleh terima hakikat. Tapi, mungkin sebab dia kucing first yang aku bela. Dulu, kecik2 ada la jgk main2 dgn kucing. Aku p0n tak tawu kucing tue, bela or dorang menyewa kat umah aku. Kuar masuk ikot suka hati dorang jer....
Apa2 p0n, harap boboi leh ceriakan umah aku. Berkawan, sembang, ngumpat dgn mak, abah time yang lain gi keja.
Pesanan untuk boboi, jgn MAKAN hamster aku. Aku balik, takde 2 ekor bulu2 panjang tue....aku bakar mercun tepi telinga ko. Aku tawu, ko penakut....setakat abah tarik meja p0n, ko dah berdesup lari. Tak payah nak berlagak samseng depan aku.
Pesanan kedua, makan banyak2. Jangan minum susu je.... Ni perot besar, kepala kecik je. Pelik jer aku nengok.
By,
Aku


Sunday, November 4, 2012

Saja nak post

Assalamu'alaikum,

Boboi takut nak main dgn benda gerak2...
Pada hal, yg dia tgh main tu bergerak sebab dia kuis ngan kaki.
Tak pernah aku jumpa kucing macam nie....penakut nak main.


Si baulu, ngah tido dlm roda. abes melengkung badan dia.

Si belang ni plak tido dalam umah tapi kepala terkeluar.
Pelik2 je hamster2 aku tido. 
Ikut style sape tido ntah,,,,,(bkn aku)

Sekor dalam roda, sekor dalam umah....


Mcm burung puyuh yang dah terkulai kena sembelih jer aku tengok.

Nampak macam tengah senyum jer tido tu... tgh mimpi, mcm Tn Pojie mimpi kot, miahahah!

Alolololoooooo, penatnya si boboi ni!!


Hamster aku dah berbulu panjang.
Mak suruh aku trim, tapi aku takut kalau trim, nanti lagi cepat pjg...huhu!

Apa kes boboi tido kat kasut aku.
Lepas kena halau kuar umah....buat hal lak dalam umah...hoho!

Errr, ni dinner aku tadi. Banyak tapi licin gak akhirnya...
Senang citer, nasi goreng barra...

Nuha nie nak picnic lak kat sini....

Mengade je aku tengok nuha tue...hoho!
isyzreen tak habis2 dengan tarian tiang dia....

Bape punye banyak la gelas Tn Zam..... 
Masa kat umah, mak bebel kat boboi. Perot kembong sbb banyak minum air....
Tn banyak minum air eaaaa... (^___^)

Kak Shida pelik....pada hal benda normal. 

Muka tak boleh belah....

Pabila mereka berpiknik....

Fara Chan, bukak la mata tuuu!
Jijah tengah cari mic, nak jamming. 
Tn Pojie dgn Fazli Lut tgh tunggu kat dalam pejabat dgn gitar2 dorang...

Siti dgn Fatin Mokhtar (Namo) tengah bergosip kot....
duduk jauh sgt tue.

Yang ni plak, nasi goreng ikan masin semalam. Mintak tolong damia belikan.
Still bertimbun tapi boleh licinkan jugak....
Hohoho....

Bonjour de Comprado 2012

Mengganti tep0ng dgn si pasir,
Mata 'bengkak', mulut berdarah,      
1 November, memori terukir,
Batch 8 SISPA  miliki sejarah.

Assalamu'alaikum sebagai pembuka bicara. Tanda bermulanya kisah SISPA....
(Even pantun aku macam kurang lemak sikit tapi hati ikhlas dan nekad jugak nak post...haha)

Bermula dengan aktiviti2 di Kursus Kepimpinan dorang, junior2 aku diasak lagi dgn latihan di Pulau Pangkor. Diselitkan dengan modul semangat kekitaan dan juga semangat berpasukan. Juga untuk melahirkan rasa ingin berkorban (sacrifice!!!) demi sesuatu yg mereka inginkan.

Sepanjang 5 sem aku berkecimpung dalam dunia SISPA, aku sedar... setiap apa yg aku buat, aktiviti yang aku join, bukan untuk buang masa. Bukan sekadar suka2. Tapi terselit pengajaran yg kadang kala kita kena fikirkan sendiri apa kaitannya dengan kehidupan kita.

sekadar selingan

Kalau dulu, mulut membebel2 kena buat kejun (aku tak pasti camne dengan ejaannya...)
Kena keliling org tue kat tgh2. Jangan bagi org luar nampak kewujudan dia... Berhimpit2, berpanas, berpeluh...semata2 nak 'tutup' insan kat tgh. Apa faedahnya benda tue?
Pihak lain mungkin tak sedar impak positif kejun tapi aku yakin, aktiviti Kembali ke Pangkal Jalan (KKPJ) time kat pangkor ni dah cukup buat kami sedar, kejun mmg penting.

Sebatang lilin dan api ditutup rapat, dihalang dari monster2 comel, agar tak terpadam akibat kekejaman hembusan lembut monster tersebut. Tidak pula dijaga oleh seseorang yang bertindak sebagai ketua tapi amanah tersebut dipelihara oleh setiap ahli kumpulan. Pentingnya bersatu, pentingnya perbincangan sesama kumpulan dapat menjamin kesinambungan khazanah tercinta.


Kucing yang berpakaian hitam. Nak masuk baris gak. Tapi cepat2 dihalau oleh monster... Cukup la kera2 yang ada...

Sebahagian pergi berjuang, menongkah arus lautan ke Pulau Giam. Mencari khazanah yg hilang. Penat lelah, penat mendayung, penat membebel hanya sekadar di mulut. Tapi, akal dan fikiran mementingkan tugasan menyelamatkan khazanah demi amanah 1 kumpulan. Berbeza pula dengan sebahagian yang berada di pantai. Bukan sekadar bermain pasir, membina tempat rahsia dan kerajaan mereka. Tapi, tergalas beban untuk meletakkan amanah/khazanah agar tidak dirampas oleh pihak yg comel (masih lagi monster)
Dalam hati, memikirkan keadaan mereka di pulau sana. Selamatkah mereka berperang dgn ombak laut dan angin....tertidurkah mereka hingga dihanyutkan ke pulau lain? (Ade ke sampai tertidur atas kayak??? Hmmm)

Kumpulan Tulip, dihubungi oleh yaya. Menyampaikan berita, perlu mengorbankan seseorang jika gagal melaksanakan misi mereka.
Kumpulan2 lain pun turut merasa debaran yg sama..
Persoalannya, sanggupkah mereka berkorban, hanya utk mendapatkan sesuatu yg mereka sendiri tak pasti kesahihan kewujudannya???
Dari sini, mereka belajar erti berusaha habis-habisan dan juga pengorbanan. (Mentang2 la Raya korban baru je lepas...)
Misi kami sebenarnya nak letak lembu (yg diselamatkan dari korban baru2 ni. Tapi takde. Yang sanggup, cuma kera2 yg ada. Siapakah kera itu??? Sanggup menggadaikan nyawa demi SISPA. Errrr!)

 Okeh, jom layan gambar jap!

Buat apa tue sorang2?
Macam Karamsingh lak tgn efa...

Erk? Isyzreen, buat tarian tiang ke? 
Mentang2 la dorang kena tutup mata...
Tina ada dalam group tue....mesti dia dapat rasa tarian ko kan?

Bia buat tarian angin...ke titanic kat tengah2 pantai?



Tue la. Nyanyi tak abes2! Kan dah kena selotep mulut... 
The sacrificed!!! 

Demi menyelesaikan game yang diberi, handphone p0n tak ingat dah....




Sape kata laki tak pandai masak?





Barisan siswa batch 8

Ketua monster

Nak guna untuk tangkap ikan la. Boleh tak pak cik??

Kalau tak salah, nie fatin nabilah norman (nano).
Teruja tgk khemah pulak dahhhhhhh...
Nano, "Waaaa, besarrrnyaa!"

Khemah org lain dah siap. 
Khemah urusetia tak naik2 lagi.
Alasan yang diberi, dah lama tak pasang khemah, heheh!

Barisan monster2 comel...






Selepas setiap kumpulan yang diwakili oleh ketua2 bersatu...sebuah peta lengkap berjaya diperolehi.
Tahniah!!!




Afi dah tak sabar nak kayak....
Cian kat partner dia. Kena tarik kayak + Afi sorang2.....
Tapi, afi offer nak masak ayam kat partner. Tue yg sanggup tarik sorang2 even berat...hoho!


Aktiviti spider web. Menguji kumpulan siti (nampak tak permainannya di situ?) dan yang lain2. Bila boron dihasut oleh monster utk bertukar menjadi monster paling comel. Dihembus api2 halus, (macam naga). Lepas tue,, boron p0n turut serta,,,meninggalkan kumpulan sendiri. (bajet nak jadi paling comel. Tn zam pulak yang tercabar. Tergugat kecomelan.)  Hanya kerana tidak mencari dia sedaya upaya...boron pergi membawa diri. Tapi, lepas dipujuk seketika...boron kembali. Kerana kepercayaan terhadap ahli kumpulan lebih kuat dari monster2 yang memecahbelahkan itu. (Tn zam ketua kecomelan kembali lega)

Malam 1 November 2012, lebih kurang jam 0300. InsyaAllah, akan terpahat satu memori dalam diri mereka.. Simulasi paling bermakna aku pernah alami. Even, khas untuk PKS Inter tapi aku yakin, para pegawai p0n turut merasa tempiasnya. Lakonan ini tidak dicipta. Tapi, mungkin akan berlaku dalam realiti kalau kita tak pandai nak hargai sesebuah perhubungan itu. Hanya kerana gagal mengawal emosi sendiri, hanya kerana mementingkan kemenangan, jalan yang salah menjadi pilihan. Jangan takutkan senjata si musuh, kerana musuh akan gentar dengan kekuatan dan kesepakatan pihak kita. Tanpa tep0ng dan PASIR sekalipun, anda mampu menang jika anda bersatu meluru ke arah monster yg masih lagi kekal comel, berlari2 bertempiaran bila nampak kalian. Ops! Pecah rahsia...hoho!

Yang penting, SISPA masih kuat walaupun tanpa 'senjata' yg hebat. Kerana kita sentiasa jadi yang terbaik bila kita bersatu.  

Tangisan anda bukan tangisan kelemahan, baik lelaki mahupun perempuan. Tangisan kelemahan ialah tangisan apabila kita enggan berusaha.
Tetapi tangisan ikhlas yg lahir dari hati, ialah tangisan paling bermakna. Kerana di situ, terukir kemas sejarah persahabatan dan kasih sayang sesama kita.

All de best guys! Banyak lagi pengalaman yang perlu ditimba. Kerana pengalaman ini yang akan mengajar kita tentang kehidupan berpasukan yg sempurna.

Written by,
Salah sorang monster comel.



Antara dialog yang kedengaran...

Kurang ajar.....baling2 pasir!!!

Kau ingat mata aku boleh ok kalau kau mintak maaf!!!

Jangan panggil aku senior kau!!!

Mengucap, bawak mengucap .......!!!

Apa nak jadi nie???!!!

Sudah la tu wey...!!!
...
...
...
..
..
..
..
.
.
.
.
.
Ini hanya simulasi...