"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, August 21, 2014

Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor SISPA Kali ke-5


Assalamu'alaikum,
Yaaa...tora datang lagiiii!!!
Disebabkan 'pengalaman' aku untuk Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor SISPA Kali ke-5 tak ada, so setakat ini je la yang aku mampu kongsikan.
Niat tue memang nak pegi. Entah mcm mana, salah faham ke apa,,,,,,,,,tawu2 je, besok tu dorang dah nak tauliah.

Dan perasaan aku masa tu......ibarat...........................Apa kes???
Rasa mcm baru je korang g 'membakar diri'. Tetiba dgr kata, malam tu dinner and of course besok tu tauliah.
Adoyaiiii!!!
Pagi tu, rasa mcm nak naik flight masa tu jugak. Frust abaq angggg!!! Teruk sangat tak emosi aku nih....hehe!

Tengah2 frust tuh, ada la member, call....
Ehem2: "Weyh, ko katne?"
Aku: Ko dah kenape? Aku kat Penang la....huhu!

 Ehem2: Ouh, ye ke? Aku ingat ko kat Shah Alam.... Aku tgk ko post status, 'travelling to poket doremon'.
Aku: HAAA??? Hehe, tu maksud lain la...bukan fly ke SISPA. Huhu!
Dah mmg sedia maklum, orang tertentu je akan faham maksud status aku.
This is me. Suka secara tersirat. Tapi, aku yakin......ada yg faham, hoho! Sbb kalian pon alami......



Selama 3, 4 tahun aku dalam SISPA UiTM Shah Alam, ni first time SISPA buat baju kaler pink.
Tapi, agak menarik...
maybe sebab aku tak join, so even kaler pink.....aku tetap jeles!
Kuciwa ya amat!!!
Gelak la korang... Seronok ar tu, aku frust ='(

Cantik baju senior dorang, Tuan Mustaqim.
Ni la 4 orang 'Adam' batch 9
Sorang je kecik. Maybe Tuan Fitri banyak share makanan dgn kawan2 kot...  (Fikir positif tau...)

Some of those girls....
Tak tawu la napa yang lain x post gambar lagi.
Maybe agak silau dgn cahaya lampu kot.
By the way, semua penah alami........and of course, kami amat2 la memahami.
Keh3!

Dan tak lupa.
Mereka adalah jurulatih2 my juniors.
Cuma, aku tak sempat berkenalan dengan Cik Muslimat (betul kan?)
Jurulatih aku dgn Hood Hood time kami kecik2 manja dulu.....duluuuu.
Zaman kami berkejar-kejaran dengan Puan Dyla Isa...
Zaman kami merengek2 minta dibelai beliau...
Ok, stop setakat ni.
Aku geli baca.
Sarjan Azhar dan Sarjan Jumaah.
Dua insan yang cukup 'anti' dengan kitorang time rileks2 bermanja2 dengan senior yang lain. 
Terima kasih banyak untuk dorang.
InsyaAllah tak kan dilupa.
# Sarjan Azami pon. Dah bersara dah.
Yang aku tawu, dulu Sarjan kata, nak capai impian jadi PW dulu, baru nak pencen.
Tapi, apakan daya....nikmat kelahiran anak membuatkan beliau berubah fikiran. (Aku agak je...hehe) 

Ada gambar pemilik sijil tauliah dan benda2 bulat dalam ni...
Tapi aku tak sampai hati nak post. 
(*_*)
Nak ferrero bulat2 tuuuu... Jangan la dekut sangat.


Dgr kata, PKS Terbaik tahun ni (*_*)
Tahniah Tuan!!!
Akhirnya pecah rekod, dapat kat kaum Adam tahun ni.
Kita buat surprise k....tahun depan sape pulak ye???
Hehe...

Aku memang simpati gila dgn Puan Zahratul Nur Mohd Fauzi @ Tono.
Kesian dia bergambar formal sorang2.....
Dah mcm gambar kelas tadika, dan Puan Tono tu cikgu kelas......hehehe!
# Kontra tak? Topi dan kaler 'bawah topi'.... =P


Tak banyak yang mampu aku bebelkan. Setakat ini sahaja. 
Bila aku tengok gambar2 dorang, aku rasa kejap je masa berlalu.
Rasa mcm baru je dorang ni merengek2 manja (tradisi turun temurun kah? Hehe) mintak sign kat kitorang.

Jangan seronok kerana pangkat yang ada.
Kerana pangkat dunia, takkan ke mana.
Jangan melatah, bila ada yang menduga,
Kerana dugaan itu untuk mematangkan kita.

Moga kalian akan terus berjuang dalam dunia yang 'kalian dan kita' cipta.
Jika 'kebebasan' yang kamu dambakan, sebenarnya kalian salah.
Kerana nikmat utk menjadi seorang individu yang lebih bertanggungjawab, sebenarnya baru bermula.

"Proud To See You"

Aku Manusia Biasa,
Si Budak Merah @ Kecik
Berbicara berdasarkan pengalaman diri aku sendiri.

Friday, June 13, 2014

Melawat Abah

Assalamu'alaikum,
Esok befday Abah (14 Jun 2014). Lusa, 16 Jun 2014...genap setahun Abah meninggal.

Aku takda niat nak post2 status pasal Abah. Sebab, orang lain pon....ramai jugak yg sama mcm aku. Mak atau ayah dah meninggal. Bukan aku sorang...
Tak perlu nak post2 sedih. Biar Allah je tawu apa aku dgn family rasa...kan?

Hari tu (dalam bulan 4 kot), aku nak sangat pegi kubur Abah. So, satu hari tu...aku nekad pegi jugak dengan berpakaian biru + oren. Lepas keja aku terus pegi kat Masjid Jawi tuh...
Tak tawu la napa aku rasa lain. Maybe sebab pakaian (selalu kan pakai baju kurung). Tak pon sebab aku pegi sorang2...
Budak kecik berlari2 comel ke hujung padang...
Tapi aku peduli apa...hoho!

Sampai je kat kubur2 tu... aku jalan la dengan agak teragak2. Sebab.....



" Laaa, mana pulak kubuq Abah? "

Pokok2 tetiba banyak. Maybe ada orang baru tanam... Blh kata setiap kubur ada pokok.
Pastu baru aku tersedar....aku dah terlajak laaaa. Kubur Abah belakang sikit. Terlajak 3 4 kubur...
Nasib baik Abah tak lambai2 panggil aku....

" Azimah, ni Abah kat belakang ni haaaa... "

ERK???!!!



Friday, May 23, 2014

Krik..krik..krik

Assalamu'alaikum,
Malas nak buat mukadimah...aku teruskan dengan statement nih:

ehem2 : Dah keje?
Aku : Dah...
ehem2 : Company?
Aku : A'ah. (Dalam hati...bukan company, tapi organisasi)

Tak ada niat untuk menipu. Sekadar ingin mendiamkan diri buat sementara waktu. 
# Pada hal aku tawu, tue soalan perangkap dari beliau, miahaha!

Aku agak, disebabkan jawapan yang pantas dan tanpa ragu2 dari aku membuatkan persoalan beliau terhenti di situ.


Apakah anda tertanya2 dengan gambar ini???


Sebenar2nya aku jadi kekok nak update blog. So, aku decide........biar gambar berbicara.
Moga persoalan anda terjawab.

p/s : Setiap apa yang diperkatakan dalam entri ini adalah dari titik peluh Budak Merah sendiri.
Tidak ada kaitan dengan insan2 tidak berdosa dalam gambar.
Harap Maklum.



Aku tak tawu kenapa dengan gambar ni, 
tapi aku rasa macam pak syeikh yang pakai kain kat leher tu...

Macam diapit oleh kanak2 tadika pon ada.
Nasib la takda yang bawak botol air gantung tu...


Nie masa Kursus MCAD
(aku pon tak pasti panggil kursus ke apa, sehari ja pon..haha)
cc : Tuan Zam, dorang jeles dengan sweater saya. Dorang nak curi time sy takda...huhu!

Sesi mendengar luahan rasa penat...
Mami: Penat tau tak.... bla, bla, bla...... 
Bukan senang nak panjat bukit bendera ni...

Ana: Eleh, mengada ja lebih. 
Macam dia sorang penat....

Aku yang kebiruan.
Terasa macam si doremon yang kurus.
(mcm teletubbies pon ada, huhu)


Yang ni kononnya standby PC utk lawan bola sepak.
Tapi realitinya duduk saja....
Sebab St John dah ada.
Saja ja nak mengeratkan silaturrahim sbb aku dikira baru la jugak masa tu.

Kat Bukit Bendera

Haaa, yang ni la gambar yang buat aku kantoi dengan team SISPA UiTM Shah Alam.
Aku pesan kat kawan2 lain jangan tag gambar aku dlm fb.
tapi lupa pesan kat dia ni...huhu!
Orang pertama yang like....si badang logistik.
Lepas tu, diari SISPA dengan Tengku Misteri.
Masa mula2 tawu aku kena tag...benda pertama aku check sape yang like.
Last2 nampak nama Fara Leena....
adoooiiiiiii, pecah tembelang!!!
Tak sempat nak delete..hoho!
(*_*)

Nie team kawad dari SMKA.
Nak jadi cerita, team SMKSN (sek aku) dgn SMKA ni kira musuh ketat la bab2 kawad. (masa zaman aku laa)
Tapi dah sek aku tarik diri...aku fokus kat SMKA ah.
Tapi sama je...
Takde istilah curang, hoho!
Frust jugak wooo bila dorang dapat no 3...
Pape pon, tahniah... ('',)


Muka aku nampak macam pasrah.
Tak pasti kenapa....hohohoho!

Team 4...
Tapi last2 suma berpecah...
Biasa la tu kan...benda rasmi dalam dunia panjat memanjat.
cc: Pn Dyla Isa, mental jangan koyak dah tauuuu (*_*)


Yang ni kat Perda Tech.
Kawad usungan.



Aku tak pasti kat sini memang kecuraman 45 darjah or orang yang tangkap gambar saja snap posisi mcm ni.





Mangsa ni banyak cakap + Duduk tak diam
Tue yang kena tutup mata dia.
Bukan salah penyelamat or JPAM tak reti mengajar.


Yang ni masa aku nak bawak dorang g pertandingan mewarna.
Ada team Kelabu dengan team Oren.
Team oren tu tunjuk, dapat no dua.
Yang sorang team kelabu tu, tengah msg ehem2...gtau dia kaler kucing dgn biru oren.
Punya la tinggi semangat JPAM... 


Yang dua orang kat depan tu yang selalu mengajar...
Yang baju no 3 tu sekadar memenuhi ruang gambar ni.

Yang ni, aku ikot dorang gi mengajar kat ILP.
Aku pon tumpang sama belajar.
Sebelum ni, kena hentam dengan kawad je..
Dari aku kecik sampai la makin kecik......dorang buli dengan kawad je.
Ubah haluan pulak...hehe


Tengah2 hujan lebat, sempat pulak dia mintak kaple...
Bajet sweet meh???

Pompuan tue tolak, kata dia dah berpunya.
So terpaksa la Bu support dia...

Haaaa...yang ni la team sekolah aku.
Sebelum aku keja JPAM, aku sempat ajar dalam seminggu kot.
Lepas aku keja, bagi Bu dengan Haris ajar kawad sek aku.
2 hari dorang g mengajar, cikgu aku call...
kata team kawad nak tarik diri.

Aku: Uikkksss??? Apa angpa buat kat anak buah saya sampai tarik diri....huhu!

# Banyak komitmen lain menyebabkan dorang tarik diri.
Hmmm, mungkin bagi dorang kawad ni takda apa.
Lebih baik fokus kat pertandingan2 akademik.
# Maaf, tidak berniat untuk biadab.
# Cuma sedikit kecewa dengan penarikan diri tersebut.

Maaf, tak banyak yang aku bebelkan untuk kali ni.
No idea at all.
Blur...


Nukilan pertama aku sebagai seorang alumni UiTM Shah Alam
Aku si Budak Merah
Aku manusia biasa
Berbicara berdasarkan pengalaman.



Monday, March 10, 2014

Dalam diam aku memerhatikan kalian

Assalamu’alaikum,
Beberapa minggu lepas PKS Inter dan PKS Senior UiTM Shah Alam tengah memenatkan diri dengan kursus Bakal Pegawai.

Dan aku terfikirkan something...

Sepanjang aku berkecimpung dalam dunia SISPA, membesar dalam arena kawad, menggalas tanggungjawab sebagai seorang PKS Inter satu ketika dahulu...  Aku teringat akan seseorang...dalam kalangan PKS Muda (Batch 8).

Kali pertama aku jumpa dia, masa latihan Kor SISPA. (Aku tak tawu kalau sebelum tu aku pernah jumpa) tapi kali ni aku kenal dia sebab aku ajar dia kawad...cuma tak tawu nama. Muka tetap menjadi igauan ngeri dah kenal la...

That’s the first group yg aku ajar kawad since aku pegang title PKS Inter. (Kalau tak salah aku la...)
Aku tak ingat ada berapa orang yang aku ajar, mungkin 6 atau 9 orang. Yang pasti, aku ingat ada 3 orang tuh. Dua orang tawu kawad. Sorang lagi tak pandai kot. (Tak tawu atau buat2 tak tawu depan aku...wallahua’alam)

Yang aku nak citer kat sini bukan dua orang yang tawu tu. Yang insan lagi sorang tuh.
Dia memang agak mencabar naluri kemanusiaan comel seperti aku. Penoh kesabaran dan kehipokritan untuk ajar dia. (Ini memang luahan hati yang dah lama aku pendam lupakan, hehe) Aku dah tak ingat pon sebenarnya pasal ni, tapi aku teringat balik bila PKS Inter (Batch 9) tgh kursus skang ni.

Hipokrit yang aku maksudkan, aku tersenyum mengajar, walhal dalam hati.....eh2 budak ni. Aku mengajar, ko bebel2 tak pandai. Mana la nak reti...dush3!
 Tapi jangan risau... tu zaman Inter aku, miahaha! Skang ni aku dah besar (bukan besar dari segi fizikal), aku tawu ciri2 seorang pengajar yg berwibawa. Itulah bestnya bila ada senior yg berwibawa....
Sape la tu kan? Hoho... Tapi beliau amat2 berwibawa, fokus keja dan mungkin beliau tak pernah pon baca blog aku. Aku tak tawu. Lalalaaaaa!

Okeh, stop sampai sini. Aku nak sambung kisah sorang lagi. Di akhir entri, aku akan simpulkan balik pasal individu yang banyak mengajar aku erti hipokrit kesabaran.


Dia, insan biasa. Sama juga seperti aku dan kawan2 yang lain. Sama seperti rakan2 dia jugak. Apa yang buat aku nak kutuk ‘popularkan’ dia dalam entri ni ialah, persamaan dia dengan orang yang aku bebel kat atas tadi tu. Lupa dah? Alaaa...yang ajar aku jadi manusia yang mampu kawal perasaan kejap tu.

Persamaan dorang, tak tahu kawad. (err, aku bukan sindir k)

Aku pernah ajar team dorang kawad, masa latihan petang Sabtu. Ajar ramai2, so aku tak ingat berapa jumlah sebenar masa tu. Yang buat aku kenal dia, sebab tak tawu kawad lah.

Bukan aku nak kutuk dia. Aku tanya nama dia, senang aku nak tegur kalau salah. (Bukan nama dia sorang...Yang lain pon aku ada tanya jugak)
Since that day, aku kenal dia berserta nama dia.
Memang banyak salah yang dia buat. Memang banyak step yang dia lupa. Memang dia susah nak ikot kawan2.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Beberapa ketika yang lalu.
Aku sendiri tak sedar pada mulanya.
Tapi lama kelamaan,
Aku mula tersenyum.
Ya...
Aku tersenyum melihat mereka.

Mereka yang pada awalnya,
Seorang insan biasa,
Terkapai2 mencari rentak yang sempurna.

Namun,
Selepas ‘seketika’ bersama2 SISPA,
Berserta semangat di dalam jiwa,
Kini,
Mereka adalah mereka,
Menimba ilmu  semahu-mahunya.

Dua insan berbeza,
Dari kumpulan yang berbeda,
Tapi di akhir kemuncaknya,
Mereka menjadi satu...
Satu rasa dalam diri aku.

Rasa yang aku akui...
Aku tersenyum melihat mereka,
Aku bangga melihat mereka,
Bila mereka dalam ‘dunia’ku.
KAWAD

Satu ketika dahulu
Mereka kecundang
Tapi pantang mengalah sebelum mencuba

Maka
Lahirlah mereka
Ya, aku bangga dengan pencapaian mereka.
(Dalam kawad la, yang lain aku tak perasan)

Siapa mereka?
(*_*)
Biar aku simpan di dalam hati.
Mungkin jika ada masa untuk kita bersua,
Aku akan bersemuka
Dengan mereka,
Menyatakan rasa...
Aku gembira...
Aku bangga...
Melihat mereka...
Berjaya.

Yang pertama, sudah menggalas amanah sebagai Pegawai Muda.
Yang kedua, sedang berperang dengan kursus.
InsyaAllah bakal ditauliahkan. (Alhamdulillah, sudah ditauliahkan pada 19 Ogos 2014)

Aku mengharapkan sesuatu dari anda dan rakan2.
Jadilah yang ‘sempurna’
Dengan berbakti semampu yang boleh.
 Bukan sekadar mengejar pangkat dunia,
Hanya kerana mengikut aturan semasa.

Leaders make more leaders, not more followers.

Kita mungkin tidak pernah beramah mesra,
Tapi aku memerhatikan kamu.
Lantas, inilah yang aku dapat.

Bangga aku melihat kamu di pentas dunia minatku.



Jika kalian mampu teruskan, teruskanlah..

Teruskan apa yang bakal aku akhiri.
Jauh di sudut hati, aku masih menyayangi.

Salam ikhlas dari aku,
Budak Merah

Saturday, February 8, 2014

Maaf buat semua

Assalamu'alaikum,
Lepas 5,6 tahun tak terlibat dengan mana2 program kat sekolah, kali ni aku ter-join. Gara2 si caon aka Abg Caon masa program. (Tak penah2 aku panggil kwn2 aku abg...hoho) 
Takpe la, demi adik2 aku bahasakan jugak kwn2 aku tu abang depan dorang.. (*_*)

Program ni dua hari je. Hari Jumaat dgn Sabtu (7-8 Februari 2014)
Program pertama aku untuk tahun ni ar kiranya...



Aku teruja nak sebok2 kat belakang Syahid sebab baju memanah dia kaler biru oren, hehe

Malam ni aku takda sebab aku majok balik rumah.
Sebab nak bagi ruang utk kawan2 aku fly malam ni.
Kalau aku ada kat sana, dorang tak boleh nak fly...

Bergambar kenangan kat papan tanda asrama.
Dulu bukan main lagi keja nak fly ja...
Skang ni baru tau rindu...haha


First time aku tengok gambar ni, aku sendiri tak perasan aku wujud kat tepi tu..

Forum kedua utk aku.
Sebelum ni, masa dinner kat asrama.
Cuma bezanya, kali ni aku bawak nama SISPA.
Sempat pulak aku share pepatah yang dipopularkan oleh 
Lt. M. (PA) Mohd Norazlan Bin Abdul Rahaman utk pelajar2 SISPA
"Pengalaman tidak boleh dicipta tetapi perlu dilalui"


Teruja tangkap gambar kat sini, sebab masa batch aku keluar dulu...mana ada benda2 alah ni kat asrama.
Kami keluar ja tetiba banyak penambahan, lagi cantik...
Hmm,,,tak tawu nak majok ke tak.
Haha

Kedudukan kami tidak berlandaskan saiz badan.
Harap Maklum.

Aku dengan Syahid satu batch.
Yang lain2 tu pulak junior kami.


Yang ni aku rasa, sesi bergambar dalam bilik lepas aku balik.
Aku tak boleh nak agak sape yang tolong tangkapkan...

  
Macam dapat result SPM la pulak...

Terasa seperti pokok di tepi kawan2, haish.

Aku tak tawu apa makna KUAZ, 
tak sempat nak tanya.

Ehhh, bukan aKU dgn AZimah tau.

# Apa hal la aku malam ni. Kesian kat Syahid jadi mangsa dalam blog aku.


Tak banyak yang aku nak cerita...sebab gambar aktiviti takda kat aku.
Si Izzah, junior aku... tak upload lagi. Dekut, hehe!

By the way, aku mungkin tak mampu untuk beri sebaik yang mungkin.
Aku insan biasa. 
Biasa2 dalam pelajaran.
Biasa2 dalam pengalaman.

Cuma, aku lebih suka untuk cuba mengerti
Apa yang sedang aku dan sekelilingku alami
Supaya menjadi sesuatu yang mampu untuk aku teladani

Aku insan biasa
Sekadar ingin berkongsi rasa
Jika aku mampu
Aku ingin bawa anda ke dalam dunia aku di sana
Agar kalian merasa
Apa yang aku rasa



Maaf Buat Semua
Untuk rakan2 fasilitator, helpers (rakan2 form 4). dan sahabat2ku di sana.

Maaf
Aku tak mampu bersikap ceria
Ada sesuatu yang mengganggu aku.
Aku rindukan mereka di sana.

Slot SAHABAT, (bidan terjun, sebab tetiba aku ambik alih)
tanpa aku sedar,
aku ungkapkan ayat ini...

Mungkin satu hari nanti, anda akan berpisah.
Akan mula punyai sahabat baru...
dan mungkin sahabat itu, tidak 'semeriah' yang sekarang...

Maaf,
itu yang aku rasa.
Aku punya kalian sebagai adik2 ku,
tapi aku tak rasa, anda seperti sahabat2ku.

Maaf,
Aku menilaimu dengan pandangan pertamaku.
Sedangkan aku tahu,
kita belum mengenali dengan lebih jitu.

Maaf,
aku merindui mereka.
tapi aku percaya,
Berkawan biar dengan semua.
kerana
 satu ketika dahulu, 
aku penah terluka
bila aku terlalu 'memuja'
seorang insan dalam hidupku
hingga mengabaikan mereka di sekeliling aku.






# Aku cuma ingin kita bersatu. 

Wednesday, January 29, 2014

JIka aku mampu untuk selamanya.........

Assalamu''alaikum,
Masa kat Shah Alam hari tu, aku gi makan dengan bebudak ni. Pastu ada sekali tu, ajak Pika Noordin makan sama. Kat tempat yang aku selalu makan. Nak kata sedap sangat, tak tawu la.
Tapi okey ah....
Aku dah lama tak rasa makanan sedap. (tak termasuk yang mak masak..hehe)
Aku tak tawu, makanan tu memang tak sedap ke....taste buds aku ada masalah. HUHU!


Mai Rasa Sekyen 7.
Makanan lain, bagi aku ok la.
Tapi aku tak suggest western food.
Kalau nak rasa, rasa la....aku tak nak menghalang periuk org western, haha!

Ni pulak 4 Januari 2014.
Sepatutnya ada lagi dua orang, Si Angoh dengan Zati Rodi.
Tapi dua2 orang jual mahal last minit...
Sorang demam la, sorang boipren kawan nak datang laa.
Okeh, yang tangkap gambar ni pulak...kakak Azam, Nur Liyana Nadrah Binti Paiman.
Sorry takde gambar ko. Tak muat.......errrr!




Tak banyak gambar.
Tapi bagi aku, ni dah cukup bagi aku happy.
Duduk dengan dorang terutamanya Isyzreen dgn Yana memang buat aku enjoy.
Dah lama tak gelak2 dengan kawan2 mcm tu.(Pada hal baru bape bulan, miahaha!)

Apa2 p0n, aku doakan yang terbaik untuk korang.
Yana dgn Ina, jaga pejabat dgn anak2 buah elok2.
Buat keja rajin2...
Jangan lupa diri, jangan stress2...cool.
Kalau rasa malas, panggil Pn Dyla Isa,,,suh jadi mama korang, hoho!

Isyzreen, praktikal nanti jgn buat keja berat2.
Kalau dorang suruh ko angkat barang2 utk pos....ko kabor kat Madi, ehh.
Take care (*_*)

Untuk yang lain2, Pika, Jannah, Diba dengan Hawa...
Jaga diri leklok.
Jannah, nanti praktikal elok2. 
Pika dengan bulat2, sem depan study rajin2.
Aku takde dah nak tengok korang study ke tak. 
(Pika, aku tawu ko study...hoho. Tapi dah biasa keja, kot2 la tetiba malas nak mengadap buku dah)
Ko Pika, jangan nak melahap teh ais kalau dah sedor diri tak boleh min0m.
Sumbat megi goreng kang, haaa...saja je.


Ada lagi 'event' yang aku nak tulis. 
Tapi gambar takde...so tengok la, aku nak update ke tak pasal tu.

Moga ukhwah persahabatan kita diberkati-Nya.



Biar gambar merungkai apa yang di hati

Assalamu'alaikum,
Hari ni aku dapat guna laptop balik! Yeaayyy!
Itu p0n guna laptop kak aku.
Dia tak bawak g Jepun....menambahkan berat badan beg je.

Sebelum  ni aku guna komputer abah je.
Tapi, macam takde privacy bagi seorang blogger macam aku.
So tak minat sangat...hehe!

Disebabkan speaker komputer abah tu rosak, aku tak penah tawu...rupanya muzik dalam blog ni p0n dah tak berfungsi..huhu!
So, aku p0n buat la baru...tapi still dengan lagu yang sama.















Aku sebenarnya nak pos benda lain...
Tapi aku tak tawu napa aku pos gambar2 ni.
Yang pasti.....aku tujukan untuk aku sendiri, dia dan mereka.

Moga ada yang memahami.
Sebab ni memang realiti yang aku lalui.

# Tadi makan kat satu tempat ni. Tetiba ada satu lagu, yang aku tak penah dgr. Aku tak tawu sape penyanyi plus apa tajuk lagu. Tapi yang pasti, mmg kena direct kat aku...hmm.
# Sebak dengar something yang berkaitan dengan perjalanan hidup sendiri.
# Maaf, Aasifah, Sorry... aku tak berniat untuk 'merosakkan'. 
# Moga Allah berkati aku dan kalian.