"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Sunday, April 7, 2013

Nah, ambik laaa (*_*)

Assalamua'alaikum,

Entah macam mana tadi aku duduk2, lepak2 sedut angin mlm tue...aku main2 dengan rubik yang kawan aku bagi tu. Lepas tu, aku terpandang kat rubik yg dapat dari RES-Q Team tue. Lama gak aku tenung benda alah tue. Lepas tu aku terkebil2 jap, sebab rubik tue tenung aku balik! Aaa, ini memang aku tipu. Sape pecaya, cepat2 campak ke lantai. Kalau tak pecah...tenung balik. Kalau dia balas renungan korang tu, korang takbir kuat2.
Ok. Dah puas merapu.

Hmmm, sorang member aku nak benda alah ni. Kiut katanya. Aku nie buta hati sikit. Kiut tang mana entah...aku p0n tak nampak. Miahaha! By the way, it's really cute to give something like that during a 'cool' event. Good job Inter sekalian (*_*)

Dah puas main2 rubik aku...aku terpikir nak bagi kat member aku ni. Daripada aku simpan, tak guna. Baik aku bagi dekat orang yang nak. Sebab kat umah aku je dah ada 3 benda nie. Family aku pengumpul tegar rubik...haha! Ini tipu. Debab dengan Boboi (klik utk baca pasal dorang>>>kucing) mintak beli dulu. Tue yang boleh terbeli banyak tue...



Nie la rubik yang aku nak bagi kat member aku tu.
Dan orang tu, tak lain tak bukan...peminat tegar alat muzik gitar, piano...(selalu tgk video orang main piano guna fon baru dia) >>>>> Norsyafiqa Binti Noordin


Saturday, April 6, 2013

Malam Penghayatan Emosi

Assalamu'alaikum,
Aku tak ingat, post ni...kali yang ke berapa untuk sem ni. Tapi, yang pasti sem ni aku jarang bukak bl0g. Kalau bukak p0n, juz dengar lagu je.

Hampir lima bulan berlalu. Macam takde pape yang berlaku. Tapi aku akui, aku lebih selesa dgn situasi mcm ni. Harap2 memang ada hikmah benda ni jadi kat aku.

2, 3 hari yang lepas...aku diajukan dengan soalan, 'Apa harapan aku?'
Hmm, susah aku nak jawab. Dan aku tawu, jawapan yang aku bagi masa tue, tak berapa nak dikira sebagai skema jawapan.
Susah, sebab apa yang aku kejar selama ni....hancur lebur macam tu je. So, aku dah takde harapan lain selain apa yang aku cakap kat dorang tu. Aku nak cari keja cepat...lepas aku habis belajar.
Ada benda yang aku nak buat. Ada something yang aku nak buktikan

Mungkin kegagalan yang akan aku dapat. Tapi, as long aku usaha....aku yakin, aku tak perlukan apa yang aku kejar selama ni. Cukup sekadar sedikit asam garam....selebihnya bergantung pada diri aku dan keizinan Allah.


Mood tak berapa nak ada malam ni. Sorry to my roomate, tak berapa nak layan ko...
Maybe sebab aku rindukan Baulu. Dia tido dari siang sampai ke malam...tak bangun2. Makan p0n tak nak....
Baru tadi dia bangun,,,,,

Since 3,4 hari lepas...something is bothering me. Aku dengan sorang ni still mencari punca sebenar benda tu jadi kat aku.
Maybe tu buat aku rasa takde mood nak gelak2...

Untuk lupakan/abaikan rasa tak selesa tue, aku tengok gambar2 lama dalam fon aku...dalam fb aku.
Yup, ada yang buat aku ketawa sendiri. Tapi ada jugak yang buat aku terdiam. Teringatkan sesuatu. Ya, I miss that moment. Really miss it.
But nothing best can I do. Accept, starting a new life. Aku yakin, ini lebih buat aku tenang dari sebelum ni. Mungkin ni la hikmahnya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Terima kasih kerana masih menyayangi aku. (*_*)