"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Sunday, September 22, 2013

Mencipta Pengalaman Baru

Assalamu'alaikum,

# No intro for today. Keep scrolling, to see those photos.
Biar gambar menggamit memori anda kerana anda kini sedang mencipta pengalaman baru. Mungkin tak sama dengan kenangan dulu. 




Satu ketika dulu, anda seorang yg kosong...
Banyak yang meluahkan rasa...

"Kami tak pandai kawad..."
"Kami kawad tak lawa..."
"Segan kot nak kawad depan orang..."







Sekarang???
















 Siapa insan2 di bawah ini???

Berjalan megah, dengan kekemasan birunya.
(Err, yang oren tu...ibarat penyedap. Takda oren  tak lengkap la juadah berbuka puasa. Ehh, tak lengkap la integriti seseorang insan bergelar anggota Pertahanan Awam)
# Yang pakai baju oren tu sebab tak muat nak kemaskan lagi uniform kebanggaan kami nie. Hantar alter kat Sek 7, PKNS dll. (Aku promote kedai ni dapat komisen tak?)

Bergerak sebagai team pertama dalam berjalan lalu juga menjadi kebanggaan kami.
Jangan pandang rendah dengan kebolehan sendiri,,,
Tapi, jangan pula terlalu angkuh.

Yup, mereka adalah batch kedua  Pegawai Kadet SISPA (PKS) yang ditauliahkan di UTHM.
Mereka yang dulunya perot tin kosong. Tapi lepas dah macam2 yang dorang tempuh, kini dorang dah pon bergelar...


Leftenan Muda Pertahanan Awam



Insan berbaju oren gagal disembunyikan wajahnya.
Kini anda tahu, siapa salah seorang si oren..hehe













Aku tak pasti yang tengah tu sape,,,harap maaf, hehe!

Aktiviti lari2 ke bas, lepas sesi berjalan lalu.
On the way, bergegas2 ke dewan utk ditauliahkan sijil pulak.
Sengaja tak snap gambar2 pelajar Shah Alam...
burok ben0r, miaahaha!
(Aku tak ingat pulak zaman aku ada kena lari2 comel ke tak...)

Maybe nak ajar, sedia PANTAS berintegriti kot.
Sebab tu, kena buat kat dewan yg jauh tu.
Baru real, challenging those new young officers.



Sesi penyerahan bendera UiTM, sbg kontinjen  untuk program Perhimpunan dan Majlis Pentauliahan Kor SISPA kali ke-4.


















Gambar2 di atas adalah apa yang anda alami baru2 ini.




Tapi,






Ingatkah kalian tentang satu ketika dulu....?
Saat anda menyarung t-shirt oren JPAM?
Saat anda berbaju putih JPAM?
Dan...
saat ketikanya, anda masih bergelar PKS???




l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





Saat anda mula berjinak2 dengan pokok? Eh, dengan tali2 ini?

Saat anda mengendalikan program OPA 2013,
anda juga sebenarnya pernah merasa, duduk2 seperti ini...

Anda juga pernah meminta2 para fasi utk bagi klu jalan...
(ini sekadar gambar hiasan. Tapi, aku tak tawu la kalau memang group Pn Siti dgn Pn Fara ni ada mintak klu untuk jwb soalan dekat checkpoint)
(*_*)

Sebenarnya, ni group yang entah ke berapa sampai ke garisan penamat.
Harap maklum. 
Hehe!

Tn Nazrin @ Tono nak naik sebenarnya kannn?
Tapi, TERturun bawah balik kaaannn?
(*_*)

Kalau tak salah aku, ada budak2 tadika pakai baju oren jugak hari tu..
Nasib baik aku urusetia. So pakai baju kaler lain...
Takda la aku nak terguris hati sgt bila terserempak dgn kanak2 terbabit.

Kalian juga pernah buat cheers.
Aku ada video dorang ni bt cheers.
DAN, aku ingat lagi cheers group Pn Leen dgn Pn Yaya ni...
Miahahahah!

Gambar ini, sama seperti gambar yang kat atas tadi tuh.... =P
Ibarat, dorang ni meraikan kejayaan dorang walaupun bukan yang pertama sampai.
Sebab SISPA mementingkan perjuangan dan usaha utk buat sesuatu.
Bukan sekadar jadi yang paling hebat, tapi mesti diselitkan dengan usaha utk jadi yang terbaik.
Wa benci ayat skema...tapi ini hakikat.
Lorh, skema lagi...ish!




Tersangkut kat pokok ehh?
Sayangnya kat pokok tu...
Tu la padah kalau dah mula berjinak2 dengan pokok.
Untuk junior yang lain, beware.
Cintailah pokok seawal yang boleh.
(*_*)





Yang ni maybe dah bosan dgn pokok kot.... =D

Saat kalian pernah 'didera' dalam air laut...

Saat kalian berkerjasama utk tunaikan amanah dan misi anda untuk program terbabit...


Banyak lagi gambar lain.
Tapi, aku tak perlu paparkan di sini.
Biar ia tersemat dalam diri anda.
Kerana ia...
Pengalaman anda.












Selingan...


Korang gelak2, jerit2 dari jauh dekat PKS Muda....

"Korang dah sesat!!!"



Tapi, korang ingat tak...
Korang pon penah sesat dulu?
(*_*)

Jom balik. Tak jumpa pon jalan.
Kalau naik tangga ni jumpa kolej perindu.
Blh balik tidoooo!

Sesi ngumpat.
Tak mungkin sejauh tu..
Aku rasa dekat2 ni je..
Group tu salah tu.
Jangan ikot..

Tengah kutip buah rambutan ehh...


(Ini gambar hiasan. Tak ada kena mengena dgn mana2 anggota SISPA yg baik2.
Aku ulang, yang baik2 sahaja..... heheh.
Sorry yana. Tetiba jumpa gambar ni. Mintak maaf bebanyakkkk!!!)

Batch aku pon penah 'dibuli'.
Batch aku pon penah diganggu monster2 durjana.
Batch aku pon ada yang terlajak jugak time OPA. Tapi semua tu untuk mengajar kita.
Untuk jadi yang 'sempurna' supaya berguna untuk masyarakat.

Masa kian beredar, 
Sampai masanya untuk korang pula kongsikan ilmu yang korang ada.
Kesilapan kami suatu ketika dulu, 
cuba hakis dari terus membelenggu dunia SISPA, dunia kita.
Tetapi,
Saat kalian berusaha untuk menghasilkan yang terbaik,
pasti ada dugaan dan ujian melanda.

Saat itu, berpeganglah pada hakikat yang nyata.
Tak ada manusia yang sempurna.
Fikirkan yang positif.
Atasi kekurangan dengan berhemah,
Bukan insan yang hanya tahu menyalahkan...
tapi langsung tidak cuba utk memperbaikinya.


Bermulalah dari awal. Kejayaan tidak akan datang apabila kita menginginkannya. Tapi, apabila masanya sudah tiba. Perubahan yang drastik hanya membawa keburukan, biarlah ia bermula dari sedikit dan istiqomah, berterusan hingga capai apa yang kita inginkan. Bukannya berhenti di saat lelah mula menguasai diri.
Kerana apa aku katakan begitu?

Saat aku mengharapkan sesuatu dalam SISPA, aku cuba untuk mendapatkannya. 
Masa berlalu pergi. Begitu juga aku, melangkah pergi kerna punya komitmen sendiri...tapi, apa yang aku dambakan satu ketika dulu masih belum tercapai...hingga kini.

Hampir2 aku berputus asa. Ingin melupakan apa yang aku impikan dan biar ia menjadi impian ketika aku bergelar PKS Tinggi.
Tapi, aku mula tersedar, itulah gunanya kesinambungan keluarga SISPA. Aku mungkin tidak peroleh apa yang dicari ketika aku bersama2 rakan2 seperjuangan. Tapi, tak mustahil kalau generasi baru dapat laksanakannya. 

Mungkin aku tak mampu untuk berada di sisi, tapi aku mengharapkan, agar semangat aku akan terus bersama kalian. 
Jika tidak di alam realiti, aku ada...di alam maya.
Aku, si Budak Merah.



Wednesday, September 18, 2013

Perhimpunan Kor SISPA kali ke-4 (Siri 2)

Assalamu'alaikum,
Okeh. Aku tak tawu ni dikira sambungan utk siri pertama ke tak. Tapi sebenarnya ni gambar2 yang aku tangkap sendiri. Bukan dari fb sesapa. So, jom kita bahan semua yang terlibat dalam menjayakan sesi updating this blog...hoho!
#Takda niat nak perli, cuma sekadar menggunakan sumber bahan yang ada. Kalau ada yang terasa hati, gambarnya disiarkan tanpa kebenaran, harap maaf. Boleh berbincang utk sesi delete ---> tong sampah.

Aku tak tawu, apa masalah dorang sampai gadoh macam ni.
Maybe sarah ni mintak rumah banglo kot.
Si patung (aku tak pasti nama dia apa) pulak tak nak. Nak kumpul duit, kawen lain.
Yang lain2 suruh patung tur pikir elok2..jgn buat keputusan terburu2.
Yang sebelah sarah pulak,,, adess, camne nak kawen ni!!!
Yang tepi tu, (adah kalau tak salah aku). Lantak korang la. Aku nak belek benda ijau ni. Kot2 mcm peti ais, bukak2 ada eskrim...hoho!


Zaza: Air ni tak sedap. Air ni pulak tawar. Air ni sikit sangat.
Tuan Zam: Melampau ar dia ni. Aku minom segelas je (sebenarnya dua gelas)


Baru aku perasan,,,,ada lagi satu si biru dalam gambar ni.
Plastik hitam...
Apa2 p0n, BIRU sentiasa berjasa.
Moga terus berkhidmat utk semua (*_*)

Kalau kenal, cuba teka sapa model ni.
Pekerja dedikasi.
Puan Dyla tercabar tak? Hilang kewibawaan? Haha...
Anugerah Pegawai Berwibawa kini dirampas dengan comelnya olehhhhhhh....
-------- ---- ------ --- -----

Sorang je anak murid yang datang.
Sorang lagi teros nak balik. Papa dia baru je bubye dia. Dah nak ikot balik dah...
Budak2 zaman skrg ehh?

Yang ni, sesi masa ketua kelas ambik port gila kuasa.
Sebok nak tulis nama kitorang.
(Last2 nama dia pon naik jgk...haha!)
Agak2, mcm tulisan lain dari yg lain tu, nama org tu la 'ketua kelas' tu. Haha!


Ada orang kata, nak jadi pegawai ah. Boleh main moto, keta... pusing sana, pusing sini. Rempit situ, rempit sini. Haha, korang tak tawu, napa kitorang main benda2 tu. Ingat suka2 ehh? Hehe..
Tujuan utama, memudahkan pergerakan. Ye ar,,kadang gi pejabat. Pastu balik ke padang kawad pulak. Nanti ada yang pegi klang pulak. So, takda la main2 sangat pon, hehe!

Kalau nak jadi pegawai semata2 nampak macam kitorang enjoy,,silap ye adeq2 sekalian.

Apa2 p0n, aku memang tabik gila2 kat rakan2 seperjuangan. 'Gila2' korang, hanya Allah yang tawu apa perasaan sebenar masa tu kan? Tapi, terima semua tu sebagai cabaran dalam diri korang. Kalau ia mampu dijadikan sebagai kenangan terindah (mcm kes ni Memori Post Mortem Terindah)...pastikan ia pengalaman bermakna utk kalian.

Ok, sambung lagi dengan sesi membahan. Ni..minah kat bawah ni jadi mangsa aku. Sape dia ni?
Try tanya Amir....sapa kita? Eh...sape ni?

Okeh, insan ini ketua platun team kawad Muda. Penat sangat sampai tido kat sini. Yang lain2 aku tak nak snap. Sebab tak sampai hati tengok...suma kepenatan. Pape p0n, tahniah sebab berjaya harungi hari2 kat sana. (*_*)

Beliau juga ambik keja part time dengan abg burger.
Laris la jugak.
Tu p0n suma bdk2 SISPA ja yg beli.
Setawu aku la kan, dari aku PKS Muda lagi....ke mana sorang ahli SISPA pegi, kat situ la akan tertumpunya majoriti ahli2 yang lain. Memang untung la sape yg dpt tarik soang budak SISPA duduk membeli kat tempat dia.

Si abang yg sabor je melayan karenah bebudak ni.

Macam teruja gila dapat jumpa roti beger...haha!

Pengunjung tetap. (Dipaksa suruh beli. Kalau tak, jangan balik naik bas UiTM, haha)
Err..kecuali Sarah kot. Dia muka kebulur. Mesti volunteer nak beli..hoho!

Untuk para pegawai yang baru ditauliahkan, tahniah aku ucapkan. Sorry takda gambar2 korang. Kalau ada p0n, dalam baris.. Tak banyak reaksi yang boleh dipertikaikan, hehe!

Tak ada apa yang aku nak bebelkan sangat. Dah banyak yang korang dengar dari aku... Sekarang korang dah merasa, apa yang aku penah lalui. Semoga kehidupan SISPA utk masa akan datang lebih gemilang, lebih baik, lebih meriah dari apa yg korang rasai sepanjang bersama2 aku dan kwn2.

Salah silap dari kami, minta dimaafkan. Kadang2 perbuatan yg menyebabkan sesiapa yg bersama2 kami terkilan, berkecil hati... tidak disedari bila emosi dan perasaan lebih banyak menguasai minda.
Moga apa yang kalian tak suka, dapat diubah dan dielakkan dari terus berlaku pada generasi akan datang.
Sesungguhnya aku dan mereka hanya meminjam kehidupan ini dari kalian.

Terima kasih kerana sudi hadir dalam diri kami. Memeriahkan suasana keluarga yang kecil pada pandangan mereka di luar sana, tapi amat besar pada pandangan mata aku yang kecil.

  
Akhir kata, sampaikan salam aku, si kecil untuk mereka yang berjuang di sana.
~Aku Manusia Biasa~ (*_*)

Wednesday, September 4, 2013

Perhimpunan Kor SISPA kali ke-4


Assalamu'alaikum,
Sebelum aku start sibuk minggu depan, baik aku update siap2 entry nih. Tapi, agak terkilan...disebabkan laptop aku rosak + kabel fon gagal berfungsi dengan baik, gambar2 yg aku snap sendiri tak dapat di-upload untuk 'membahan' insan2 terpilih.
Jalan penyelesaiannya, aku terpaksa kidnap gambar2 kat fb je...huhu! Sadis kowt!
Okeh, serba sedikit tentang entry kali ni.
Pada 16 Ogos 2013 yang lalu, para PKS Muda dan PKS Inter aka Bakal Pegawai telah p0n dihempas pulaskan dengan latihan2 untuk memantapkan dorang. Latihan2 ni sebagai persediaan dorang time Perhimpunan Kor SISPA kali ke-4 kat UTHM.

Banyak acara yang kami join..
Melawan Kebakaran, team dari UiTM Pahang.
CD Skill (menyelamat aras tinggi), team dari UiTM Kelantan.
Explorace, Perawatan Awal dan Kawad Kaki, team dari UiTM Shah Alam.


Jom, biar gambar berbicara + bebelan aku sikit.

Sesi bersama2 Tuan Lan. Masih berpakaian formal.
Nie team explorace.
Keja dorang berjoging siang dan malam untuk memantapkan stamina.
Persoalan yang wajar dipersoalkan saat tamatnya perhimpunan,,,
Korang ada rasa fit tak? 
hehe..
Apa2 p0n, aku ucapkan tahniah kat korang.
Korang dah buat yang terbaik utk pertandingan ni.
Berjaga pukul 2 3 pagi utk 'pra-explorace'...
Aku sempat join joging korang sekali je...
Thanks kerana memberi kerjasama dgn diam, masa Pn Hanim tanya boleh lari lagi satu round tak.
Tak pasal2, aku p0n kena buat2 berdaya maju g lari satu round. 
PKS Muda Fitri, saya still tuntut air milo sy...hoho!
PKS Muda Fendi, ambik balik jam awak. Saya takmo.
PKS Muda Hawa, saya tuntut big apple,  alien. Miahaha!


Kesimpulan: Aku tak minat geografi....lalalalaaaa!

 Sempat jugak buat solat jemaah, solat hajat dgn bacaan yasin untuk dapat berkat atas setiap usaha untuk menjayakan perhimpunan kali nie.

Pantang SISPA berkumpul, kalau ada sesapa yang meningkat umur dia masa tu, mesti ada sesi makan2 kek punya lah.
Anak merdeka...
Selamat Hari Lahir tuan Lan dan tuan Noh. (takda gambar tn noh)
Moga dipermudahkan setiap urusan kalian.
Ni baru kek 2 bijik...
Korang tak tawu, belakang tu ada lagi kek....delivery jauh dari teeettttt!
Agaknya, balik malam tu...tuan lan kekenyangan dengan kek je. 
Tak sempat balik umah, dah sebok bergayut.... call free ehhh? Hoho (*_*)

Haaa, yang ni pulak wajah2 bakal pegawai.


Aku musykil jap dengan gambar ni.
Ko dah kenapa wani?
Pandangan pelik je...hoho

Team kawad kaki...
Mana ketua platun?
Hilang?
Ketua platun selalu kena halau....tak tawu la napa. huhuhu!
Aku dulu kena 'halau' gak. Ko, ketua...kuar jap. Pegi jauh2.
(Aku selalu kena dulu..haha)
Untuk memujuk Teh (Ketua Platun), aku p0n ambik dia...bawak dia g main jauh2.
Seronok dia boleh main lompat2...errr!

Mama, jangan la marah.
Ermm...


Ayahanda SISPA UiTM Shah Alam.

Farihah, walaupun tak dapat berlatih bersama2, tapi still mampu berjuang di saat akhir.
2,3 minit sebelum team kawad masuk untuk pemeriksaan pakaian, beliau hadir, sambil diiringi si kecik yang terkedek2 ikot dia.  
InsyaAllah, beliau membawa semangat yang mendalam untuk pasukan beliau.
Aku kagum dengan dia..
Terserlah kepenatan, tapi sanggup jugak bersama2 kwn2 utk bertanding.
Syabas!

Sekali tengok, aku nampak macam para pegawai tu tgh nak buat tarian.
Isyzreen, ko gian nak menari mcm time dinner kita eaaa???
Setia menanti.
Aku tak pasti apa yang dorang ni tgh kutuk tengok.
Aku agak pertandingan Melawan Kebakaran kot.

Tawu la ko team kawad. Takkan cuci longkang pon nak berdiri sedia...ades!
Kima..Kima. heheh!
Yang depan tu sape ek?
Macam nak main golf je...hoho!

Ditugaskan untuk buat khidmat masyarakat kat sekolah agama seri pandan kalau tak salah.
Tak ingat pulak nama...hehe!


Para pegawai batch 8.

Cantik.........cantik stokin. Huhu! 

Aku tak pasti, ni muka penat ke muka sedih ke...
Anybody can explain to me?

Tuan Roslan menyampaikan sedikit sumbangan untuk sekolah ni.
Aku tak tawu napa muka Fendi macam...... ntah. Tak tawu nak describe, haha!


Bangga bila PKS dari UiTM yang jadi prep kom untuk perhimpunan di UTHM.
Apa2 pon, beliau dah pon bergelar Lt.M (PA) Shahrul Balqiar Bin Abd Rahman. 
Tahniah!

Anklet yang menjadi mimpi ngeri buat team kawad.
Kadang2 pengalaman tu untuk mengajar dan mengingatkan kita.
Jangan disebabkan anklet, kita lemah.
Tapi bangkitlah...
Yang jatuh tetap jatuh... (anklet yang jatuh atau semangat yang jatuh? errr)
Tapi kalian harus terus megah berdiri, menyarung 'kebiruan'
Sematkan di hati...manusia tak akan cecah tangga kejayaan tanpa kegagalan.
Setiap manusia akan tewas, tapi bagaimana kita atasi kekalahan itu untuk terus menduduki tangga teratas.
Itu lebih penting.

Barisan pegawai yang banyak bertungkus lumus untuk perhimpunan kali ni.
Sorry guys, 
Aku tak banyak membantu kalian.
Tapi aku harap...semangat dalam diri aku, yang kalian kenal dari dulu, 
dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban dalam diri kalian.
Aku masih mencari2 hala tuju diri ini.
Dan aku doakan, apa yang kalian impikan dan suarakan saat kita di sana akan tercapai.
Kerana, aku yakin dgn kalian.
I'll always support you. 
Be cool (*_*)

Yang paling berusia p0n dah macam kanak2 je aku tengok...huhu!
This is the family of SISPA UiTM Shah Alam.


Haaa, yang ni PKS Terbaik.
Tahniah buat Lt.M (PA) Siti Norfatin Nabilah Bt Muhamad

Tak lupa buat sahabat dorang. 
Even ada tanggungjawab lain yang perlu dorang laksanakan, tapi semangat untuk tengok barisan rakan2 seperjuangan berjalan lalu tetap ada.
Apa2 p0n, aku doakan yang terbaik utk dorang.
Kena percaya, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Allah bagi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan.


Comey...!
Hehe
(*_*)

Tapi, rezeki tak berpihak pada kita. Dalam 5 acara yang kita perjuangkan, tak satu p0n kita dapat  rangkul sebagai johan. Tak kisah la no berapa, tapi bukan johan ar. Ok, ini ayat tersirat sebenarnya. Tapi, tu semua tak penting p0n.
Yang penting pengalaman dan ilmu yang korang dapat. Nanti boleh la cita kat adik2 apa yang korang dah lalui, dah belajar sepanjang tempoh 'didera' di bawah sinaran matahari.

Dan yang paling penting, ukhwah sesama kita. Tak kisah la darjat kita setinggi mana sekalip0n, kalau kita tak mampu nak jaga hubungan sesama kita, kita sebenarnya ada masalah hati.

Memang ada salah dan silap. Memang ada terkasar bahasa, terkasar tingkahlaku...tapi bila difikirkan balik, itu suma mainan perasaan.
Semua orang penat...semua orang berkejar2 dengan masa.
Tak mustahil ada yang terlepas kata. 
Lupakan tu suma. Senyum kembali. Penat akan hilang. Stress akan berlalu pergi.
Jangan biarkan kepenatan mengawal diri kita.


Tahniah buat semua.
Tahniah buat barisan sahabat2 aku. Hanya kemaafan yang aku pinta. Aku tak mampu jadi seperti apa yang aku harapkan. 
Yup, kini aku pergi, tapi doa aku masih mengiringi kalian, InsyaAllah.

Aku masih seperti dulu...
Pergi untuk mencari hala tuju aku sendiri, setelah sekian lama aku berhenti mencari...
Aku masih memikirkannya. Sama ada untuk meneruskan atau berhenti setakat ini.
Kurang dari setahun, tempoh untuk aku memikirkannya. 


Tapi...
semangat itu tetap tersemat kemas dalam diri aku.
Mungkin pengunduran aku kini, untuk jadi yang lebih berguna..satu hari nanti.

Sahabat, 
Doakan aku...
kerana semangat itu,
semangat yang kalian lahirkan dalam diri aku, 
semangat yang berlegar2 dalam darah aku, 
itu yang menguatkan aku.