"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Thursday, April 20, 2017

MULIAKAH KERJA KITA DI MATA DIA?

Pekerjaan yang mulia tidak menjamin kemuliaan kita di sisi DIA.

Mungkin kita sang pendakwah,
Tapi kita menyindir kejahilan hamba Allah.

Mungkin kita sang penegak kebenaran,
Tapi kita mengherdik yang lain.

Mungkin kita sang pendidik,
Tapi kita menghina kerjaya bekas anak didik.

Mungkin kita sang penyapu jalanan,
Tapi kita berzikir & memuliakan yang 'menabur' sampah.

Kita yang mana?
Jadilah seorang insan yang sentiasa memuliakan pekerjaan dan kehidupan insan yang lain.
Baru la tenang dan bahagia. Takde nak sakit-sakit hati, jeles-jeles dengan life orang lain.

Boleh?

CARA UNIK UNTUK BERUBAH

Penulis: Nur Azimah Jamial

Assalamu’alaikum,
Manusia mana yang tak pernah diuji kan?

Yang membezakan, kita jenis yang menghebahkan masalah kita atau sekadar diam dan cuba untuk selesaikan semampu boleh.

Ada orang diuji dengan hutang.
Dicanang satu dunia, aku banyak hutang, aku tak ada duit, aku bukan orang senang dan banyak lagi yang enggan saya tuliskan.

Kenapa saya tak nak tulis?
Sebab apa yang kita kata, adalah doa untuk diri kita. Sedar atau tidak, bila kita banyak runsingkan masalah seperti “Tak ada duit, Tak kaya, Orang susah…” kita sebenarnya sedang doakan kita jadi macam tu.


"Aku bukan orang kaya macam kau…"
Haa, kita sendiri yang mintak macam tu!

"Aku miskin, susah, mana mampu nak beli kereta macam kau."
Kita sendiri yang doa nak macam tu!


Dah tu? Macam mana?

Percaya atau tidak, hanya dengan tukar perkataan dalam tutur kata kita, kita boleh jalani hidup dengan lebih baik. Bahkan sangat baik.

Yang negatif ditukar kepada positif. Yang buruk ditukar kepada baik. Yang kasar ditukar kepada lembut.

Contoh?

Aku MISKIN = Aku belum KAYA
Aku BODOH = Aku tak PANDAI
Aku SUSAH = Aku belum MEWAH
Aku BENCI = Aku tak SUKA


Perkataan-perkataan positif banyak membantu diri kita. Cuma kita tak sedar, sebab kita tak amal. Jika amal sekalipun, tak istiqamah atau berterusan.

Satu keajaiban dari Allah, kalau kita boleh jadi lebih baik hanya dengan berubah untuk 3 hari.
Perubahan diri boleh makan masa berbulan-bulan bahkan bertahun.
Jadi, takkan la kita nak cakap yang baik-baik hanya 3 hari?


Maka, ambillah masa untuk berubah. Jangan pernah putus asa. Memang mulanya tak mudah, tapi Allah tu Maha Pemurah. Dia beri apa yang terbaik untuk kita.

Tak dapat di dunia, dapat Syurga pon BEST la kan? 😍



Selingan:
Jika anda seorang peminat buku dan ada masalah dengan rezeki sekarang yang sering terbatas, boleh terus ke link ini ya Buku Formula Rezeki

Sunday, February 26, 2017

MANFAAT KEPADA MASYARAKAT

Assalamu'alaikum,

Sekadar perkongsian ringkas daripada diiri saya sendiri di ruangan FB.

"Sekalipun aku bukan yang terpilih untuk menasihati kamu,
tapi tak bermakna aku terhalang
untuk terus mendidik yang lain."


Saya bimbang, jika ditanya...
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk masyarakat sepanjang hidup kamu?
Apa yang telah kamu sebarkan tentang Islam sepanjang kamu berada di dunia?
Berapa ramai yang kamu ajak untuk ke Syurga?
Kamu yakin, dengan hanya mengumpul pahala untuk diri sendiri sudah cukup untuk masuk ke Syurga?


Kadang-kadang rasa diri ni useless 
Takda sumbangan untuk masyarakat. Apatah lagi untuk negara. 

Dengan harapan, bebelan ringkas di ruangan FB mampu jadi dakwah kecil daripada saya, seorang insan yang mengharap Syurga dari Dia. 

Thursday, February 23, 2017

KENALI DIRI SENDIRI


Berada dalam kalangan mereka yang gemar mewangi, maka wangilah kita.

Berada dalam kalangan mereka yang bijak, maka kita pun belajar sama. 

Berada dalam kalangan mereka yang menjaga solatnya, maka kita pun menjaga juga.

Berada dalam kalangan mereka yang mengata, maka kita pun mengumpat juga.

Berada dalam kalangan mereka yang berjaya, maka kita pun boleh berjaya.

Berada dalam kalangan mereka yang 'indah' bahasa, maka kita pun 'indah' juga.

Berada dalam kalangan mereka yang berniaga, maka habislah duit kita. 




Errr, yang berniaga ni, heheheh!
Alaaa, saya pun peniaga jugak. Tapi tak habiskan duit korang kann?


Dekat mana kita berada.
Dengan siapa kita selalu berbicara.
Itu lah diri kita dalam tak sedar.

Sehebat mana pun diri kita, bila nak buat apa-apa...tolong la.
Check sekeliling kita. Kalau kita tak rasa malu dengan tindakan kita, mungkin orang sekeliling kita yang malu. Kalau tak rasa apa jugak, tolong la... ingat Mak Abah kita.

Kita mungkin tak rasa apa. Tapi orang lain kenal ibubapa kita. Nak ke orang kata, dia ni kan anak si bla bla bla... hmm.

Sekadar penulis jalanan, mungkin aku tak layak untuk menasihati kamu.
Tapi InsyaAllah, aku tak berhenti mendidik diri aku sendiri dan yang sudi mendengar.

Terima kasih sudi singgah sini,
Semoga Allah memuliakan dan membahagiakan anda.

Wednesday, February 22, 2017

Kucing Ku Memilih Makanan

Assalamu'alaikum,

Hari ni melilau cari makanan favourite Boyot. Smartheart formula hairball.
Dekat Econsave tak ada. Yang ada, jenis lain-lain. Tuna, salmon, mackerel...semua Yot tak nak. Memilih.

Melilau kat mydin. Takda jugak. Rak kosong.

Semua kucing kat area sini makan yang sama ka?

Singgah 2 pet shop, tapi tak pernah dengar la pulak brand makanan tu. 
Ada smartheart sekampit besar. Tak boleh beli.

Nanti Yot boros, ajak satu geng taman makan sama-sama. 
Bila semua kucing kat sini membesar dan sihat bersama-sama, bimbang tak boleh nak cam...yang mana satu Yot.

Dah la semua lebih kurang je kaler.
Dari bapak yang sama la tu, hehehe!

Singgah pet shop ketiga. Masuk-masuk je terus blur.

"Ehhh, betul ke ni? Kenapa jual produk kesihatan nih..hmm!"

Rupanya kat tingkat atas, hehe!


Tapi smartheart takde jugak. Sempat la ambik masa kejap, main kucing yang ada situ. Lincah betul si anak kelabu lari-lari. Tak sempat nak snap gambar...


Abam control handsome ke bam?

Bulatnya mata diaaa

Tetiba gedik ni kenapa?
Nak snap gambar je. Bukan nak carikan jodoh.


Alalala, hidung.
Nak tarik pun tak boleh.




Dear Boyot, makanan Yot takda. So Yot makan je la apa yang ada tau.

Ajar makan nasik tak nak. Diet konon.


Ps: Bagi kucing makan pun dikira sedekah tau.