"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Tuesday, August 6, 2013

Nak bukak bisnes?

Assalamu'alaikum,
Aku berkira2 untuk delete blog aku ni. Sebab hari tu ada orang tanya aku, buat apa? Update blog ke?Aku cakap, takda idea. Sebab dulu aku post pasal SISPA, sekarang ni dah takda pengalaman yang nak diceritakan.

But then, I realized...untuk apa aku delete. Biarlah jadi kenangan je. Sama ada aku biar blog aku terabai, or teruskan dengan entry2 yang lain.
Sekurang2nya aku boleh baca balik apa yang aku penah alami satu masa dulu.

Sebenarnya, sejak bila entah...aku tengah pikir macam mana nak buat niaga online. Sebab aku penah terpikir nak ada kedai or bisnes aku sendiri satu hari nanti. Kalau tak salah aku, sebab ada orang syorkan kat aku untuk ambik master in business. Mungkin dari situ, aku terpikir nak terjebak dengan gejala perniagaan. Sebab aku gtau dia, aku tak minat p0n dengan course aku sekarang ni, insuran. Tapi, aku tak pernah terfikir nak sambung pengajian ke alam master. Mungkin ye, tapi buat masa ni...aku tak berminat langsung.

Then, baru2 ni ada sorang ni suh aku join dia berniaga pulak. Nak memang nak..tapi memikirkan ekonomi orang melayu yang mundur, aku tolak. Supplier dia ca ya nun alif. Entah la, bila pikir balik...baik aku cari supplier yg bersaudara dengan aku. Boleh tolong sesama kita.

So, aku nasihat kat dia, belajar selok belok perniagaan dengan orang tu. Nanti boleh buat bisnes sendiri. Yang penting, belajar dulu bagi abes.. Nanti cari keja elok2. Cari duit modal...dah stable, boleh bukak bisnes sendiri. Ini pandangan aku je la. Alang2 dah belajar tu, teruskan sampai abes. Belajar rajin2 k... (*_*)



Alhamdulillah aku dah tamat belajar...hoho!

Monday, August 5, 2013

Cara Buat Online Banking (CIMB)

Assalamu'alaikum,
Hoho...sejak jadi 'penganggur bertauliah' aka tengah cari tempat untuk praktikal, banyak pulak ilmu perbankan yang aku dapat. Err...sebenarnya baru dua ilmu.
Ye ar...aku ni nama ja student aktuari, belajar banking, insuran bagai....tapi bab2 online banking tak tawu langsung. Haha...malu jap.

Takpe, ilmu ni perlu dicari kan?
Bukan lahir2 terus dapat......

Tapi, untuk kali ni aku juz nak share pasal nak buat online banking CIMB. Based on my research readings, cara nak buat online banking ni sama ja macam maybank2u. Tapi disebabkan aku takda akaun maybank, so tak terasa sangat nak ambik tawu.

Masa aku cakap kat mak, nak bukak akaun maybank....mak sindir kata macam ni kat aku.
"Boleh kalau nak bukak. Tapi.........................akaun banyak, duit takdak buat apa. Hehehe"

Adesss,,,,,mak. Hehe! Betol jugak tuh.


Okeh..ni cara untuk buat CIMB Clicks.

Gi kat ATM CIMB
1) Buat muka poyo depan atm tuh. Pilih menu Lain-lain --->  CIMB Clicks ---> CIMB Clicks e pin
2) Masukkan 6 digit nombor e-pin. ---> Masukkan sekali lagi 6 digit tu.
4) Masukkan nombor fon korang untuk pengesahan transaksi. (Nanti apa2 maklumat akan dihantar ke fon korang)
5) Settle.

Pastu kena register online pulak.
1) Gi kat CIMB. 
2) Kat atas tuh ada ONLINE REGISTRATION. Klik situ...
3) Nanti kuar macam ni...
Klik REGISTER NOW

 4) Isi la segala maklumat yang diperlukan. 
     ATM Card Number ---> 16 digit kat kad atm korang. Yang bawah belah kanan tu.
5) CIMB Clicks e-pin ---> 6 digit yang korang isi kat atm cimb tadi tu.
6) User ID ---> Combination huruf dan angka.
7) Lepas tu, dah accept, submit.......Korang login la dengan User ID korang tuh.
8) Settle.

Okeh, ni ja yang aku nak share dengan korang. Yang mana dah tawu, bagus...
Sebab banyak gak benda yang kita boleh buat guna online banking ni.
Nak transfer p0n senang. Tak perlu keluar g atm dah. Ni tak bagus untuk orang yang pemalas nak keluar rumah. Tapi, bagus untuk golongan yang sibuk, tak sempat nak g bank ke...
Boleh topup fon korang jgk. Tapi hati2 la. Jangan la over sangat guna kemudahan ni.

Kita guna teknologi dan kemudahan yang ada untuk kesenangan kita. Tapi jangan salah guna.

Ibarat, rukhsoh solat ah... Kita boleh buat jamak qasar time musafir. Tujuannya untuk memudahkan perjalanan kita, takda la terkejar2 or kena berhenti rehat setiap kali masuk waktu solat.
Tapi, kita tak boleh main2 jgk dgn kemudahan solat ni. Ada orang yang pandang ringan...last2 solat alai balai ja.

Mintak dijauhkan dari sifat sedemikian.