"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."

~Hassan Al Basri~

Friday, June 13, 2014

Melawat Abah

Assalamu'alaikum,
Esok befday Abah (14 Jun 2014). Lusa, 16 Jun 2014...genap setahun Abah meninggal.

Aku takda niat nak post2 status pasal Abah. Sebab, orang lain pon....ramai jugak yg sama mcm aku. Mak atau ayah dah meninggal. Bukan aku sorang...
Tak perlu nak post2 sedih. Biar Allah je tawu apa aku dgn family rasa...kan?

Hari tu (dalam bulan 4 kot), aku nak sangat pegi kubur Abah. So, satu hari tu...aku nekad pegi jugak dengan berpakaian biru + oren. Lepas keja aku terus pegi kat Masjid Jawi tuh...
Tak tawu la napa aku rasa lain. Maybe sebab pakaian (selalu kan pakai baju kurung). Tak pon sebab aku pegi sorang2...
Budak kecik berlari2 comel ke hujung padang...
Tapi aku peduli apa...hoho!

Sampai je kat kubur2 tu... aku jalan la dengan agak teragak2. Sebab.....



" Laaa, mana pulak kubuq Abah? "

Pokok2 tetiba banyak. Maybe ada orang baru tanam... Blh kata setiap kubur ada pokok.
Pastu baru aku tersedar....aku dah terlajak laaaa. Kubur Abah belakang sikit. Terlajak 3 4 kubur...
Nasib baik Abah tak lambai2 panggil aku....

" Azimah, ni Abah kat belakang ni haaaa... "

ERK???!!!