Assalamu’alaikum,
Beberapa minggu lepas PKS Inter dan PKS Senior UiTM Shah Alam tengah memenatkan diri dengan kursus Bakal Pegawai.
Dan aku
terfikirkan something...
Sepanjang
aku berkecimpung dalam dunia SISPA, membesar dalam arena kawad, menggalas
tanggungjawab sebagai seorang PKS Inter satu ketika dahulu... Aku teringat akan seseorang...dalam kalangan
PKS Muda (Batch 8).
Kali pertama
aku jumpa dia, masa latihan Kor SISPA. (Aku tak tawu kalau sebelum tu aku
pernah jumpa) tapi kali ni aku kenal dia sebab aku ajar dia kawad...cuma tak
tawu nama. Muka tetap menjadi igauan ngeri dah kenal la...
That’s the
first group yg aku ajar kawad since aku pegang title PKS Inter. (Kalau tak
salah aku la...)
Aku tak
ingat ada berapa orang yang aku ajar, mungkin 6 atau 9 orang. Yang pasti, aku
ingat ada 3 orang tuh. Dua orang tawu kawad. Sorang lagi tak pandai kot. (Tak
tawu atau buat2 tak tawu depan aku...wallahua’alam)
Yang aku nak
citer kat sini bukan dua orang yang tawu tu. Yang insan lagi sorang tuh.
Dia memang
agak mencabar naluri kemanusiaan comel seperti aku. Penoh kesabaran dan
kehipokritan untuk ajar dia. (Ini memang luahan hati yang dah lama aku pendam
lupakan, hehe) Aku dah tak ingat pon sebenarnya pasal ni, tapi aku teringat
balik bila PKS Inter (Batch 9) tgh kursus skang ni.
Hipokrit
yang aku maksudkan, aku tersenyum mengajar, walhal dalam hati.....eh2 budak ni.
Aku mengajar, ko bebel2 tak pandai. Mana la nak reti...dush3!
Tapi jangan risau... tu zaman Inter aku,
miahaha! Skang ni aku dah besar (bukan besar dari segi fizikal), aku tawu ciri2
seorang pengajar yg berwibawa. Itulah bestnya bila ada senior yg berwibawa....
Sape la tu
kan? Hoho... Tapi beliau amat2 berwibawa, fokus keja dan mungkin beliau tak
pernah pon baca blog aku. Aku tak tawu. Lalalaaaaa!
Okeh, stop
sampai sini. Aku nak sambung kisah sorang lagi. Di akhir entri, aku akan
simpulkan balik pasal individu yang banyak mengajar aku erti hipokrit
kesabaran.
Dia, insan
biasa. Sama juga seperti aku dan kawan2 yang lain. Sama seperti rakan2 dia
jugak. Apa yang buat aku nak kutuk ‘popularkan’ dia dalam entri ni
ialah, persamaan dia dengan orang yang aku bebel kat atas tadi tu. Lupa dah?
Alaaa...yang ajar aku jadi manusia yang mampu kawal perasaan kejap tu.
Persamaan
dorang, tak tahu kawad. (err, aku bukan sindir k)
Aku pernah
ajar team dorang kawad, masa latihan petang Sabtu. Ajar ramai2, so aku tak
ingat berapa jumlah sebenar masa tu. Yang buat aku kenal dia, sebab tak tawu
kawad lah.
Bukan aku
nak kutuk dia. Aku tanya nama dia, senang aku nak tegur kalau salah. (Bukan
nama dia sorang...Yang lain pon aku ada tanya jugak)
Since that
day, aku kenal dia berserta nama dia.
Memang
banyak salah yang dia buat. Memang banyak step yang dia lupa. Memang dia susah
nak ikot kawan2.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Beberapa ketika yang lalu.
Aku sendiri tak sedar pada mulanya.
Tapi lama kelamaan,
Aku mula tersenyum.
Ya...
Aku tersenyum melihat mereka.
Mereka yang pada awalnya,
Seorang insan biasa,
Terkapai2 mencari rentak yang sempurna.
Namun,
Selepas ‘seketika’ bersama2 SISPA,
Berserta semangat di dalam jiwa,
Kini,
Mereka adalah mereka,
Menimba ilmu
semahu-mahunya.
Dua insan berbeza,
Dari kumpulan yang berbeda,
Tapi di akhir kemuncaknya,
Mereka menjadi satu...
Satu rasa dalam diri aku.
Rasa yang aku akui...
Aku tersenyum melihat mereka,
Aku bangga melihat mereka,
Bila mereka dalam ‘dunia’ku.
KAWAD
Satu ketika dahulu
Mereka kecundang
Tapi pantang mengalah sebelum mencuba
Maka
Lahirlah mereka
Ya, aku bangga dengan pencapaian mereka.
(Dalam kawad
la, yang lain aku tak perasan)
Siapa mereka?
(*_*)
Biar aku simpan di dalam hati.
Mungkin jika ada masa untuk kita bersua,
Aku akan bersemuka
Dengan mereka,
Menyatakan rasa...
Aku gembira...
Aku bangga...
Melihat mereka...
Berjaya.
Yang pertama, sudah menggalas amanah sebagai Pegawai Muda.
Yang kedua, sedang berperang dengan kursus.
InsyaAllah bakal ditauliahkan. (Alhamdulillah, sudah ditauliahkan pada 19 Ogos 2014)
Aku mengharapkan sesuatu dari anda dan rakan2.
Jadilah yang ‘sempurna’
Dengan berbakti semampu yang boleh.
Bukan sekadar mengejar
pangkat dunia,
Hanya kerana mengikut aturan semasa.
Leaders make more leaders, not more followers.
Kita mungkin tidak pernah beramah mesra,
Tapi aku memerhatikan kamu.
Lantas, inilah yang aku dapat.
Bangga aku melihat kamu di pentas dunia minatku.
Jika kalian mampu teruskan, teruskanlah..
Teruskan apa yang bakal aku akhiri.
Jauh di sudut hati, aku masih menyayangi.
Salam ikhlas dari aku,
Budak Merah
Jika kalian mampu teruskan, teruskanlah..
Teruskan apa yang bakal aku akhiri.
Jauh di sudut hati, aku masih menyayangi.
Salam ikhlas dari aku,
Budak Merah