Assalamu'alaikum,
Lepas 5,6 tahun tak terlibat dengan mana2 program kat sekolah, kali ni aku ter-join. Gara2 si caon aka Abg Caon masa program. (Tak penah2 aku panggil kwn2 aku abg...hoho)
Takpe la, demi adik2 aku bahasakan jugak kwn2 aku tu abang depan dorang.. (*_*)
Program ni dua hari je. Hari Jumaat dgn Sabtu (7-8 Februari 2014)
Program pertama aku untuk tahun ni ar kiranya...
Aku teruja nak sebok2 kat belakang Syahid sebab baju memanah dia kaler biru oren, hehe
Malam ni aku takda sebab aku majok balik rumah.
Sebab nak bagi ruang utk kawan2 aku fly malam ni.
Kalau aku ada kat sana, dorang tak boleh nak fly...
Bergambar kenangan kat papan tanda asrama.
Dulu bukan main lagi keja nak fly ja...
Skang ni baru tau rindu...haha
First time aku tengok gambar ni, aku sendiri tak perasan aku wujud kat tepi tu..
Forum kedua utk aku.
Sebelum ni, masa dinner kat asrama.
Cuma bezanya, kali ni aku bawak nama SISPA.
Sempat pulak aku share pepatah yang dipopularkan oleh
Lt. M. (PA) Mohd Norazlan Bin Abdul Rahaman utk pelajar2 SISPA
"Pengalaman tidak boleh dicipta tetapi perlu dilalui"
Teruja tangkap gambar kat sini, sebab masa batch aku keluar dulu...mana ada benda2 alah ni kat asrama.
Kami keluar ja tetiba banyak penambahan, lagi cantik...
Hmm,,,tak tawu nak majok ke tak.
Haha
Kedudukan kami tidak berlandaskan saiz badan.
Harap Maklum.
Aku dengan Syahid satu batch.
Yang lain2 tu pulak junior kami.
Yang ni aku rasa, sesi bergambar dalam bilik lepas aku balik.
Aku tak boleh nak agak sape yang tolong tangkapkan...
Macam dapat result SPM la pulak...
Terasa seperti pokok di tepi kawan2, haish.
Aku tak tawu apa makna KUAZ,
tak sempat nak tanya.
Ehhh, bukan aKU dgn AZimah tau.
# Apa hal la aku malam ni. Kesian kat Syahid jadi mangsa dalam blog aku.
Tak banyak yang aku nak cerita...sebab gambar aktiviti takda kat aku.
Si Izzah, junior aku... tak upload lagi. Dekut, hehe!
By the way, aku mungkin tak mampu untuk beri sebaik yang mungkin.
Aku insan biasa.
Biasa2 dalam pelajaran.
Biasa2 dalam pengalaman.
Cuma, aku lebih suka untuk cuba mengerti
Apa yang sedang aku dan sekelilingku alami
Supaya menjadi sesuatu yang mampu untuk aku teladani
Aku insan biasa
Sekadar ingin berkongsi rasa
Jika aku mampu
Aku ingin bawa anda ke dalam dunia aku di sana
Agar kalian merasa
Apa yang aku rasa
Maaf Buat Semua
Untuk rakan2 fasilitator, helpers (rakan2 form 4). dan sahabat2ku di sana.
Maaf
Aku tak mampu bersikap ceria
Ada sesuatu yang mengganggu aku.
Aku rindukan mereka di sana.
Slot SAHABAT, (bidan terjun, sebab tetiba aku ambik alih)
tanpa aku sedar,
aku ungkapkan ayat ini...
Mungkin satu hari nanti, anda akan berpisah.
Akan mula punyai sahabat baru...
dan mungkin sahabat itu, tidak 'semeriah' yang sekarang...
Maaf,
itu yang aku rasa.
Aku punya kalian sebagai adik2 ku,
tapi aku tak rasa, anda seperti sahabat2ku.
Maaf,
Aku menilaimu dengan pandangan pertamaku.
Sedangkan aku tahu,
kita belum mengenali dengan lebih jitu.
Maaf,
aku merindui mereka.
tapi aku percaya,
Berkawan biar dengan semua.
kerana
satu ketika dahulu,
aku penah terluka
bila aku terlalu 'memuja'
seorang insan dalam hidupku
hingga mengabaikan mereka di sekeliling aku.
# Aku cuma ingin kita bersatu.