Saturday, May 27, 2017

BAGAIMANA NAK KAYA?

Penulis: Nur Azimah Binti Jamial
Facebook: Azimah Jamial

Assalamu'alaikum,
Dalam dunia ni, jarang sangat la ada orang tak nak kaya. Sebab lumrah bagi manusia, suka akan kekayaan dan kemewahan. Yang kata tak nak kaya sebab bimbang ambil masa yang lama untuk dihisab, itu pandangan peribadi anda ye. Tiada masalah. Kita berbaik sangka dengan perbezaan pendapat. Masing-masing ada pendapat sendiri. Sebab pendapat kita pun datangnya dari akal, ciptaan Allah. Ye tak?

Bagi yang nak tahu, bagaimana untuk kaya. Saya rasa majoriti besar suka beli buku-buku berkisahkan 'menarik wang'. Tak kisah la dalam bentuk motivasi atau keagamaan.

Contohnya buku-buku motivasi seperti ini:
Nota Jutawan, Nota Motivasi (Irfan Khairi)
Zero Hutang (Mohd Zulkifli Shafie)
Bijak Mengurus Wang (Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir)
Makan Gaji Tetapi Kaya (Shamsuddin Kadir)

Atau dalam bentuk keagamaan yang menekankan tentang rezeki seperti:
Mudahnya Menjemput Rezeki (Fathuri Salehuddin)
Kenapa Rezeki Tak Murah (Nani Koraiza Yaacob)
Tapi anda perlu ingat ya.
Sebuah buku berkisahkan kekayaan dan rezeki bukan penyebab anda jadi mewah atau jutawan seperti yang anda inginkan.

Ia berkaitan dengan ilmu yang anda amalkan selepas ia dibaca.

Katakan dalam satu buku kewangan, anda tahu tentang perlunya simpanan duit.
Tapi persoalan utamanya, adakah anda mulakan simpanan anda?

Atau, anda tahu solat Dhuha adalah amalan menarik rezeki. Tapi anda buat atau tidak?
Buku-buku yang anda beli tu, diulang baca atau sekadar hiasan di almari rumah anda?

Nak ilmu percuma?
Baca sini >>> Dah Solat Dhuha Tapi Rezeki Tak Mewah? 
Dah baca, boleh amalkan ya.

Thursday, May 4, 2017

JANGAN MINTA PERCUMA

Penulis : Nur Azimah Binti Jamial

Assalamu’alaikum
Perasan tak, dalam sehari mesti ada rasa nak meminta dengan manusia. Kalau kita ni jenis layan FB, boleh nampak rakan-rakan yang berniaga…jual itu, jual ini. Mula la terdetik, bestnya kalau dia bagi free kat aku. Paling tidak pun, dia bagi diskaun. Yang kita ingat, takkan la dengan kawan pun nak kedekut kan.

Kita pun komen, bagi la free kat aku.
Banyak kau jual, mesti banyak duit. Bagi la diskaun sikit.

Kalau dekat tempat kerja pulak, pantang tiba waktu lunch.
Wehh, kau belanja aku. Gaji kau banyak dari aku.
Lagipun, kau bujang…bukan guna duit banyak.

Kita ni suka sangat minta percuma. Konon-konon tak banyak duit. Konon-kononnya banyak komitmen, nak guna duit.
Walaupun kita mampu bayar, saja gatal-gatal nak minta percuma jugak. Asalkan poket penuh, tak payah bayar...sanggup tebal muka meminta-minta.
Ada jugak yang niat sengaja nak bergurau. Takde la memang nak sangat pun, saja nak bergurau.

Tapi, tahu tak sikap meminta-minta ni ada kesan yang sangat besar?

Bila selalu sangat muka kita ni yang minta percuma, manusia boleh jadi tak suka. Nampak je kita, rasa nak jauhkan diri. Sebab tak suka dengan sikap kita yang kaki minta tu.
Walaupun asalnya niat kita cuma nak bergurau. Tapi, bila manusia dah tak suka, rasa rimas dengan kita,,,mesti tak best kan?

Bukan tak boleh meminta. Cuma, ada caranya.
Yang terbaik untuk dapatkan sesuatu secara percuma, MINTA DENGAN ALLAH.
Dengan mudah kita akan dapat.
Dan berjaya elak orang benci kita. Hehehe!


Cara berdoa untuk minta percuma dengan Allah ada diterangkan dalam Buku Formula Tarik Rezeki (FTR).
Untuk dapatkannya, boleh tempah di Sentap Sendiri