Tuesday, February 21, 2017

BOSAN BACA KEBAIKAN?



"Jaga-jaga

Bila hati sukar terima teguran,
Benci baca perkara kebaikan.

Bimbang ditinggal Allah,

Dalam kemungkaran."



Assalamu'alaikum,

Pernah tak kita rasa,

"Meluat betul bila dapat whatsapp panjang berjela-jela. Dah la panjang, bab ilmiah pulak tu. Memang tak la nak baca!"

"Bosan la baca benda-benda kebaikan ni. Kita ni dalam group nak santai-santai. Bukannya macam kat sekolah, kena masuk kelas agama."

"Balik-balik selawat. Takde benda lain ke nak share?!"

JAGA-JAGA!


Istighfar cepat-cepat bila ada rasa macam ni dalam diri kita.

Sebab apa?
Takut laaaa. Buatnya perasaan tak suka baca kebaikan tu sebab Allah tutup pintu hati kita. Kau tak seram ke?

Ehh, kenapa pulak nak seram???

Ye laa. Allah tutup pintu hati tu, maksudnya tak beri hidayah kat kita. Orang nasihat la kita macam mana sekalipun, kalau takde petunjuk, takde hidayah, takde iman dalam diri kita...jangan mimpi la nak terkesan dengan nasihat orang.

Dan yang paling seram sebenarnya, orang yang Allah tutup pintu hati ni sebab Allah murka dengan dia!

Maknanya kau tak buat apa yang Allah suruh.

Kau tak SOLAT.
Kau tak PUASA.
Kau hina sesama ISLAM.
Kau keji orang buat BAIK.
Dan banyak lagi.

Yang pastinya, apa yang kita buat tu, berkaitan dengan apa yang Allah larang kita buat.
Bila Allah larang, maksudnya perbuatan kita boleh menyebabkan kita ke Neraka.

Nak ke? Haishh!

Kalau tak nak, istighfar banyak-banyak. Doa mintak Allah lembutkan hati kita untuk seronok baca perkara kebaikan. Benda baik ni memang la bosan. Macam kau baca buku sejarah la. Benda baik kot, ilmu tu. 

Tapi tak sempat baca dah menguap, acano tu? Hehehe!

So, lepas ni cuba berjinak-jinak dengan info amalan untuk ke Syurga jugak. Mula-mula memang liat, malas...InsyaAllah, lama-lama kita pulak jadi penyebar dakwah.

Terima kasih sudi singgah,
Semoga pembaca sekalian dimuliakan dan dibahagiakan Allah SWT.


No comments: